Seorang pekerja di D’Herbs Holding Sdn. Bhd. milik usahawan terkenal, Aliff Syukri Kamarzaman, meluahkan rasa syukur apabila diberikan peluang menunaikan umrah sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan perkhidmatannya kepada syarikat.

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Berjaya Catat Jualan RM27 Juta Pada Julai, Kini Miliki 8 Warehouse & 1,000 Pekerja

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Hargai Pengorbanan Isteri & Ibu Buat Netizen Sebak – ‘Kita Nampak Sisi Lain Dia, Muliakan Keluarga & Jadi Penenang’

Syukur

Menerusi hantaran di Threads, individu dikenali Syirah itu berkongsi alasannya untuk terus berdedikasi di tempat kerjanya itu bukan semata-mata kerana gaji.

Katanya, persekitaran dan peluang untuk berkembang juga memainkan peranan penting.

Mengulas lanjut, Syirah berkata tempat kerja yang baik membuatkan dirinya ingin kekal lebih lama di situ.

Kerja bukan sekadar tentang gaji tetapi juga tentang berada dalam persekitaran yang sihat di mana ia ada hormat dan peluang untuk berkembang.

Tempat kerja yang baik membuatkan kita kekal bukan kerana kita terpaksa tetapi kerana kita benar-benar mahu.

Terdahulu, Syirah berkongsi gambar surat tawaran menunaikan umrah yang dijadualkan pada Julai nanti hingga menyorot perhatian ramai.

Sumber: Threads