berita

Pekerja Pemotong Kelapa Sawit Didakwa Rogol, Bunuh Adik Ipar Sendiri

November 1st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki bekerja sebagai pemotong kelapa sawit  ditahan polis akibat disyaki merogol serta membunuh adik iparnya yang berusia 17 tahun kelmarin di sebuah kampung di Pasir Mas, Kelantan.

Terdapat kesan luka pada tubuh mangsa

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, pihak polis telah menerima laporan mengenai kematian seorang remaja perempuan berusia 17 tahun pada 6.30 petang dan bedah siasat telah dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu bagi mengenal pasti punca kematian remaja tersebut.

Hasil bedah siasat mendapati remaja perempuan berkenaan meninggal dunia disebabkan ‘Asphyxia’ atau lemas. Dalam pada itu, terdapat kesan-kesan luka pada tubuh remaja tersebut serta kesan koyak pada kemaluannya.

Malah terdapat kesan luka di muka, tengkuk dan kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

Terdapat kesan calar pada bahu suspek

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas dengan kerjasama anggota D9 Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki merogol serta membunuh remaja berkenaan yang merupakan adik iparnya pada pukul 4.00 semalam.

Ujarnya lagi, hasil pemeriksaan fizikal pada suspek mendapati terdapat kesan calar pada bahagian bahu kirinya yang disyaki akibat dicakar oleh mangsa.

Susulan daripada itu, suspek direman selama tujuh hari bermula 31 Oktober 2021 sehingga 6 November 2021 bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×