berita

Pekerja Terkejut Jumpa Najis Dalam Bilik Karaoke, Netizen Syak Tarik Lagu Nada Tinggi

August 1st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berak karaoke

Seorang pekerja berkongsi rakaman video penemuan najis di atas sofa dalam sebuah bilik pusat karaoke di tempatnya bekerja. Menerusi video tersebut, kejadian ini dipercayai berlaku di Johor.

Najis atas sofa

Najis karaoke

Menerusi video berdurasi 0:14 saat, lelaki tersebut menunjukkan keadaan bilik karaoke yang mempunyai dua mikrofon dan beberapa cawan di atas meja sebelum beralih kepada najis yang ditinggalkan di atas sofa baldu yang berwarna merah.

Dia kata special, aku ingatkan burger yang pelanggan tu tinggalkan. Rupanya bukan burger, tapi najis yang ditinggalkan. Kandungan ini mungkin tidak sesuai. Mungkin mahu mendapat perhatian anda untuk tidak mengambil sebarang laporan atau tindakan mengenai perkara ini.

Menjengah di ruangan komen, pelbagai andaian telah dibuat oleh netizen. Mereka terfikir punca mengapa pelaku tergamak melepaskan ‘hajat’ di atas sofa di bilik karaoke.

Ini mesti sebab tarik lagu tinggi ni. Ini namanya enjoy menyanyi sampai terberak-berak. Serius la? Mabuk ke pelanggannya? Kalau ye pun nak tinggalkan ‘asam jawa’, letaklah dalam plastik asal dia.

Bagi menjawab persoalan netizen, lelaki berkenaan tampil menjelaskan bahawa najis tersebut merupakan najis haiwan (kucing).

Sebelum salah faham, saya perjelaskan ini najis kucing ye. Dah selesai.

Setakat ini, lelaki tersebut tidak menyatakan bagaimana kucing itu boleh terlepas atau dibenarkan masuk ke dalam pusat karaoke.

Sumber: TikTok

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×