berita

‘Pekerjaan Pertama Saya Jual Pisang Goreng & Kayu Api’ – Ini Permulaan Kisah Hidup Tun M

October 15th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Sudah pasti, ramai rakyat Malaysia yang mengagumi kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi masih ramai yang belum tahu tentang kisah hidup beliau sebelum bergelar seorang pemimpin.

Apa yang lebih mengujakan apabila Tun M telah ditemubual secara eksklusif oleh Geng Pagi Hot (GPH) bersama penyampai radio Shuk, Shuib dan Fizie di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya baru-baru.

Minat bidang perundangan

Menerusi temubual ekslusif di Youtube Geng Pagi Hot, Tun M berkongsi tentang kisah kehidupannya pada suatu ketika dahulu sewaktu zaman penjajahan Jepun. Menurut Tun M, beliau telah bergiat aktif dalam bidang politician ini sejak di bangku sekolah lagi dimana beliau suka mengambil tahu tentang keadaan negara.

Sejak dari sekolah saya sudah menjadi politician sebab saya sentiasa keadaan dalam negara terutama berkaitan orang Melayu. Saya belajar perubatan semasa berada di Singapura dan apabila balik Malaysia baru lah saya bekerja pada tahun 1954.

Tambahnya lagi, beliau pada awalnya lebih gemarkan bidang perundangan tetapi rezeki tidak menyebelahinya apabila beliau ditawarkan biasiswa menyambung pelajaran dalam bidang perubatan.

Saya pada awalnya nak belajar bidang undang-undang, tapi saya dapat schoolarship untuk belajar perubatan di Singapura. Saya tidak menolak dan terima apa yang diberi.

Tun M pernah kena ‘buli’

Menceritakan kisahnya pada zaman sekolah, Perdana Menteri berkata dia masih berhubung dengan beberapa orang rakannya.

Semua kawan lama saya ada yang dah meninggal, cuma ada 2 orang je. Seorang tu kurang sihat dan lagi seorang kurang aktif tapi selalu jadi bilal walaupun dia berpelajaran macam saya.

Bahkan apa yang lebih ‘mengejutkan’ apabila Tun M masih ingat nama kawannya yang pernah ‘buli’ beliau pada suatu ketika dahulu. Rakannya itu merupakan anak jirannya.

Saya dekat sekolah dulu jual belon. Saya beli belon 3 belon dengan harga 2 sen tapi saya kemudian jual 1 belon dengan harga 1 sen. Kemudian, kawan saya ni bawa saya pergi ke kantin, suruh saya beli nasi bagi dia. Saya takut dengan dia. Dia kuat.

Pekerjaan pertama, jual pisang goreng

Menceritakan kisahnya pada zaman pemerintahan Jepun, dahulu mereka sekeluarga hidup dalam keadaan yang serba kekurangan sehingga terpaksa menjual pisang goreng dan kayu api di Pekan Rabu.

Pekerjaan pertama saya ialah jual pisang goreng, jual di Pekan Rabu. Itu pekerjaan saya yang pertama. Pada masa itu zaman Jepun kita miskin, kita buat cara miskin.

Abang saya berhenti kerja, saya tidak mempunyai bekalan apa. Ibu bapa pun tidak dapat pencen maka saya kena bekerja. Kerja masa itu tidak banyak, maka saya jual pisang goreng dan jual kayu api.

Gaji RM400 sebulan

Tambahnya lagi, beliau mula berkhidmat sebagai pegawai perubatan pada tahun 1942 dan hanya memperoleh pendapatan RM400 sebulan. Kemudian, pendapatan beliau meningkat kepada RM730 setelah setahun bertugas sebagai doktor pelatih.

Beliau juga turut menceritakan pengalaman hari pertamanya membuka klinik di Alor Setar dan hanya menerima 10 orang pesakit sahaja pada ketika itu.

Klinik pun saya tumpang. Abang ipar ada bagi duit sikit dan kawan saya seorang peniaga Haji Rejab, dia ada kedai dan saya sewa sebelah kedai dia.

Saya seorang yang ‘on time’

Tun M dan isterinya, Tun Siti Hasmah merupakan pasangan yang sweet dan manja. Walaupun beliau seorang yang manja tetapi beliau sering ‘kecewa’ apabila mengambil masa yang agak lama untuk menunggu isterinya bersiap.

Saya ni selalunya ‘on time’, saya tidak suka terlambat, jadi bila saya sudah siap, dia tidak siap, saya kecewalah. Tapi tidak boleh betulkan, sekarang ini saya terima hakikat, bahawa dia mesti lambat dari saya dan saya mesti bersedia tunggu dia.

Pesanan Tun M

Dalam pada itu, Tun M juga sempat memberi pesanan kepada semua rakyat Malaysia.

Maju ataupun tidak seseorang atau sesuatu bangsa mahupun negara itu bergantung kepada nilai hidup pegangan mereka. Kalau bangsa itu rajin bekerja, beramanah dan mempunyai perasaan malu jika gagal, bangsa itu akan berjaya.

Sumber: Youtube

SKIP THIS AD ×