Seorang pelajar perempuan tingkatan empat dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai ditikam oleh seorang pelajar lelaki.

Mati dibunuh

Memetik laporan Berita Harian, insiden ngeri itu berlaku sekitar jam 9.30 pagi, pada Selasa.

Suspek, seorang pelajar lelaki tingkatan dua dilaporkan membawa senjata tajam jenis pisau sebelum menyerang mangsa yang berusia 16 tahun.

Difahamkan mangsa merupakan pelajar di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain.

Difahamkan, pihak polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi mendapatkan butiran lanjut. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya bersama pasukan pegawai penyiasat berada di tempat kejadian.

Sumber: Berita Harian