berita

Pelajar 7 Tahun Jadi Mangsa Buli, MUIP Persoal Kelayakan Guru Mengajar Di Pusat Tahfiz

November 9th, 2019 | by Amat Larbsib
Isu & Kontroversi

Susulan daripada kes kematian seorang pelajar lelaki di sebuah maahad tahfiz di Lanchang, Temerloh. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengarahkan pusat tahfiz itu ditutup serta-merta. Mengikut siasatan lanjut yang telah dilakukan, pusat tahfiz berkenaan tidak berdaftar dan beroperasi tanpa kebenaran.

Pengusaha perlu mendapat kebenaran

Arahan itu dikeluarkan berikutan salah seorang pelajar yang menjadi mangsa telah meninggal dunia, tempoh hari, dengan beberapa kesan lebam dipercayai akibat dipukul rakan akibat tidak berpuas hati.

Menurut Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahib Wan Hassan mendapati semakan dari bertanggungjawab mendapati pusat tahfiz itu tidak berdaftar dengan MUIP dan beroperasi tanpa kebenaran.

Saya sudah menandatangani surat perintah tutup serta-merta selepas mendapati banyak perkara berkaitan pusat tahfiz berkenaan gagal diselesaikan.

Untuk membuka pusat tahfiz, pengusaha perlu mendapat kebenaran dan saya dapati pengusaha pusat tahfiz berkenaan memahami perkara itu namun tidak mengambil langkah sewajarnya.

Tak semestinya dia layak menjadi tenaga pengajar

Tambahnya lagi, pusat tahfiz berkenaan hanya mempunyai seorang tenaga pengajar dan meragui sama ada dia mempunyai kelayakan untuk mengajar atau sebaliknya. Selain faktor keselamatan premis, MUIP turut mengambil kira sukatan pelajaran, silibus pengajian dan sebagainya.

Kita tidak tahu sama ada tenaga pengajar berkenaan mempunyai sijil kebolehan tahfiz atau tidak, dan jika dia adalah guru hafaz al-Quran sekali pun, tidak semestinya dia layak menjadi tenaga pengajar.

MUIP amat bertegas dalam isu pusat tahfiz kerana banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum kelulusan untuk menjalankan pusat itu diberikan.

Sumber: Metro