berita

Pelajar Ditikam Berkali-Kali, Dicampak Dari Tingkat 26 Oleh Rakan Di Petaling Jaya

May 11th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Kerana tidak berpuas hati dengan hasil jualan dadah dan berdepan masalah hutang, seorang pelajar universiti dipercayai telah ditikam berkali-kali oleh rakan sebelum dicampak dari tingkat 26 di sebuah kawasan pembinaan. Mangsa ditemui terbaring dalam keadaan badan tercedera di tingkat dua di bangunan pembinaan tersebut yang bersebelahan dengan kediaman mereka.

Mayat dijumpai di kawasan pembinaan

Kredit foto: Kosmo

Menurut laporan Kosmo, pasukan polis dari Unit Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah berjaya memberkas seorang lelaki warga tempatan berumur 24 tahun di kawasan tempat letak kenderaan, Bandar Sunway, Subang Jaya sekitar pukul 4.25 petang.

Hasil siasatan mendapati mayat mangsa dijumpai di tingkat dua kawasan pembinaan yang belum siap bersebelahan dengan bangunan kediaman tersebut dalam keadaan cedera di badan disyaki dibunuh.

Polis turut merampas beberapa barangan daripada suspek, antaranya telefon bimbit, serangkai kunci rumah dan kereta, sijil cuti sakit dan kad temu janji dari pusat perubatan swasta atas namanya. Hasil siasatan lanjut telah membawa kepada penemuan pakaian milik suspek yang berlumuran darah di kediamannya, di Taman Sri Kuching, Kuala Lumpur.

Tidak berpuas hati

Pihak polis bagaimanapun mempercayai motif pembunuhan tersebut adalah berpunca daripada sifat tidak puas hati disebabkan hasil jualan dadah dan masalah hutang yang dialami sesama mereka.

Motif pembunuhan dipercayai akibat tidak berpuas hati berkenaan hasil jualan dadah dan juga masalah hutang antara suspek dan mangsa.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×