Seorang pelajar kolej berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkan dalam kejadian yang berlaku bulan lalu.

Artikel Berkaitan: Bapa Didakwa Bun*h Bayi 18 Bulan, Polis Tak Tolak Kemungkinan Mangsa Diliw*t – ‘Ada Gambar & Video Lucah Dalam Telefon’

Artikel Berkaitan: Wanita Dipercayai Bun*h Diri Ketika Panggilan Video Bersama Rakan

Dihadapkan di mahkamah

Memetik Harian Metro, tertuduh bernama Nurshazwen Mohd Idris mengangguk selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurasidah A. Rahman.

Mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada tertuduh berikutan pertuduhan membunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkannya di sebuah rumah di Taman Setia Mutiara, Kluang pada kira-kira jam 10 pagi, 29 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta, jika tidak dihukum mati, dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Aznan

Sebelum ini, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa tiada tawaran jaminan dibuat terhadap tertuduh kerana kesalahan membunuh tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 8 Oktober ini bagi menunggu laporan bedah siasat serta laporan kimia.

Terdahulu, polis menahan pasangan kekasih berusia 19 tahun yang juga pelajar kolej bagi membantu siasatan susulan penemuan bayi baru dilahirkan dengan kesan tikaman di dalam mangkuk tandas sebuah rumah yang didiami mereka.

Sumber: Harian Metro