berita

Pelajar Lelaki Cuba Cederakan Diri Dengan Pisau Lepas Dipaksa Rakan Asrama Buat Seks Oral

August 23rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang remaja lelaki cuba mencederakan dirinya menggunakan sebilah pisau selepas dipercayai dipaksa membuat seks oral oleh rakan sekolah asramanya.

Pelajar dipaksa buat seks oral

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut dipercayai terbongkar selepas ibu mangsa melihat perubahan sikap anak lelakinya yang tiba-tiba menyendiri dan kelihatan murung. Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua itu juga cuba mencederakan diri di rumahnya di Bukit Rambai, Melaka. Susulan daripada itu, ibu mangsa tampil membuat laporan di balai polis dan mendakwa anak lelakinya itu tertekan dan trauma selepas dipaksa rakan-rakannya melakukan seks oral.

Kejadian itu menyebabkan anaknya ketakutan dan trauma. Mangsa dikatakan meracau pagi semalam sebelum dihantar oleh keluarganya ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

Difahamkan, kes itu masih dalam siasatan dan setakat ini, pihak polis masih belum merakam percakapan daripada mangsa memandangkan mangsa kini masih dirawat di hospital. Polis juga masih belum menahan mana-mana pelajar disyaki terbabit untuk siasatan.

Kes diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×