berita

Pelajar Sanggup Duduk Dalam Perahu Waktu Hujan Cari ‘Line’ Untuk Siapkan Kerja Sekolah

June 30th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sejak wabak COVID-19 melanda negara kita, para guru dan pelajar turut terkesan kerana terpaksa belajar dalam talian melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Lebih perit lagi apabila terdapat sesetengah pelajar yang sanggup keluar dari rumah demi mencari ‘line’ internet.

Sanggup siapkan kerja sekolah di dalam perahu

Menerusi video yang dimuat naik oleh Gna Muda di akaun Facebook, dia sebagai ibu saudara kepada pelajar berkenaan turut berasa sedih mengenangkan nasib anak saudaranya itu yang berusaha untuk menyiapkan kerja sekolah mereka di tepi sungai di Sarawak.

Lebih pilu lagi apabila melihat mereka sanggup menyiapkannya dalam keadaan hujan dan terpaksa berpayung kerana tidak ada tempat untuk berteduh di sekitar kawasan itu.

Jelasnya lagi, anak saudaranya itu terpaksa  pergi ke kawasan berkenaan dengan menaiki perahu kerana disitu sahaja kawasan yang mempunyai ‘line’ internet untuk mereka belajar dalam talian atau membuat kerja sekolah.

Semoga kalian semua berjaya dalam persekolahan. Hendak belajar terpaksa ke situ, kesian terpaksa mencari ‘line’ internet untuk belajar online.

Kegigihan pelajar yang berada di kawasan pendalaman

Sumber : Gna Muda

SKIP THIS AD ×