berita

Pelajar SPM Conteng Baju Sekolah Dengan Kata-Kata Kesat Terhadap Guru

March 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar Gambar Hiasan

Tidak dinafikan bagi pelajar yang sudah mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) mereka boleh menarik nafas lega kerana berjaya menghabiskan sesi persekolahan seperti mana yang ditetapkan. Lazimnya, mereka akan meraikan ‘kejayaaan’ dengan mempraktikkan tradisi yang sering dilakukan oleh mana-mana pelajar sekolah yang lain dengan menconteng baju sendiri.

Hal ini disebabkan, mereka tidak lagi perlu memakai uniform tersebut dan bebas daripada tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Walau bagaimanapun, menerusi foto yang dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain  membuatkan rata-rata warganet berasa geram melihat ‘telatah’ pelajar tingkatan lima ini, yang disifatkan sebagai biadab.

Pelajar milenial

Foto: Wan Mahussin Wan Zain

F*c* cikgu!

Menerusi foto tersebut, dapat dilihat dua baju pelajar sekolah yang diconteng dengan perkataan kesat. Bukan itu sahaja, logo perkataan tersebut juga dipercayai ditujukan kepada guru mereka. Perkara seumpama ini sepatutnya tidak berlaku kerana guru merupakan insan yang sanggup mengorbankan masa dan tenaganya dalam menyampaikan ilmu kepada anak watan.

Guru mana yang tidak sedih, setelah berpenat lelah mencurahkan ilmu demi memastikan anak didiknya berjaya pada masa depan. Namun, hasilnya cukup mengecewakan!

Adik-adik adalah pewaris Bangsaku.. ‘F*c* Cikgu’ bagai gelap masa depanmu. Bersegeralah kembali dalam jalan hidup sebenar dik. Rugi hidup jika tiada berkat dari pendidikmu. Abang pernah berada di tempatmu tetapi bukan ini caraku.

Jelas lelaki itu, dia menggesa supaya pelajar-pelajar sekolah ini kembali ke pangkal jalan dan memohon maaf kepada guru mereka. Mungkin terlampau teruja, sehinggakan mereka lupa jasa hakiki seorang guru dan meraikan ‘kebahagiaan’ mereka dengan sedemikian rupa.

Respon netizen

Perkongsian tersebut telah dikongsi oleh hampir 2k pengguna Facebook dan meraih ratusan respon. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan pelajar ini yang disifatkan biadab dan sama sekali tidak menghormati guru mereka.

Pada masa yang sama, kejadian seumpama ini menjadi peringatan kepada ibu bapa di luar sana dalam mendidik anak mereka dalam menghormati orang lain terutamanya insan mulia iaitu cikgu. Benar lah, pepatah Melayu mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sumber: Wan Mahussin Wan Zain

SKIP THIS AD ×