berita

Pelajar Tingkatan Satu Buat Petisyen Minta Benarkan Lelaki Berambut Panjang Di Sekolah, Terima Hampir 3000 Undian

August 26th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sejak sekian lama, memang sudah menjadi peraturan di setiap sekolah di negara ini melarang pelajar lelaki untuk ‘membela’ rambut panjang. Peraturan itu sudah dikenakan sejak berabad dulu dan belum pernah dipertikaikan mana-mana individu secara terbuka sebelum ini.

Namun, lain pula jadinya kali ini apabila seorang pelajar yang baru berada di tingkatan satu dengan berani membuat satu petisyen menuntut supaya peraturan itu dimansuhkan.

Kami juga rakyat

 

Petisyen itu dipercayai dibuat oleh individu yang dikenali sebagai Darrell James sejak dua bulan lalu.

Menerusi petisyen yang ditujukan kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad itu, dia menuntut agar peraturan tersebut dapat dimansuhkan di sekolah-sekolah menengah di negara ini.

Saya menulis bagi pihak pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia. Kami juga rakyat.

Untuk sekian lama, pelajar sekolah tidak boleh mempunyai rambut panjang, jika rambut melebihi paras telinga, menutup separuh dahi, hidung atau lebih 15 sentimeter.

Sudah tak relevan

Sekadar gambar hiasan

Menurut Darrell, peraturan melarang lelaki mempunyai rambut panjang sudah tidak relevan di abad-21 ini.

Katanya menerusi petisyen yang dibuat di laman web www.change.org, peraturan itu merupakan satu diskriminasi terhadap pelajar lelaki apabila sehingga kini hanya pelajar perempuan yang dibenarkan mempunyai rambut panjang di sekolah.

Peraturan ini tidak praktikal dan berguna lagi dalam abad ke-21. Pelajar boleh saja hentikan kutu dengan menggunakan syampu dan lain-lain.

Kementerian sepatutnya tambah baik persekitaran pendidikan

Sekadar gambar hiasan

Selain itu, pelajar itu juga meminta supaya Kementerian pendidikan fokus dalam penambahbaikan persekitaran pendidikan untuk pelajar berbanding meneruskan penguatkuasaan terhadap peraturan yang sudah ketinggalan zaman dan remeh.

Menurutnya, ketika ini pelajar sepatutnya diberikan hak untuk memilih sekiranya mahu memiliki rambut panjang berbanding dipaksa oleh pihak sekolah.

Malah katanya, dengan menghapuskan peraturan itu juga, ia mampu menjimatkan perbelanjaan bagi keluarga miskin yang tidak mampu untuk menghantar anak mereka memotong rambut.

Pelajar (dan ibu bapa mereka) patut dibenarkan untuk memilih sekiranya mereka mahu memiliki rambut panjang berbanding dipaksa pihak sekolah.

Ini dapat menjimatkan perbelanjaan bagi keluarga miskin yang tidak mampu menghantar anak mereka potong rambut.

Hampir 3 ribu sudah tandatangan petisyen

Sekadar gambar hiasan

Dengan petisyen ini, Darrell berharap Tun Dr. Mahathir dapat mengambil kira mengubah peraturan berkenaan dan membenarkan pelajar lelaki untuk menyimpan rambut panjang mengikut keselesaan mereka.

Kami, pelajar-pelajar di Malaysia, masa depan Malaysia memohon anda untuk mengambil kira aduan oleh rakyat.

Setakat hari ini,  petisyen itu sudah ditandatangai oleh hampir 3,000 orang.

Sumber: www.change.org

SKIP THIS AD ×