berita

Pelakon Aripah Damanhuri Meninggal Dunia

May 31st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kakak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri iaitu Aripah Damanhuri disahkan meninggal dunia di Wad 23, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 8.15 pagi tadi. Allahyarham meninggal dunia ketika berusia 73 tahun.

Mak pergi jua

Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh anaknya, Fais al-Hajari melalui Facebook.

Mak akhirnya pergi juga. Pohon sedekahkan doa kepada mak ye. Kalau mak ada apa-apa hutang yang belum langsai, hubungilah saya insya Allah.

Pada 23 April yang lalu, pelakon tersebut telah dimasukkan ke HKL kerana paras oksigen menurun dan terpaksa ditidurkan selepas disyaki mendapat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Sumber: Fais al-Hajari

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×