berita

Pelakon Berimej ‘Alim’ Kantoi Curang, Isteri Jumpa Mesej Lucah Di Telefon

January 29th, 2023 | by Iera Zahirah
Isu & Kontroversi

Sekadar gambar hiasan

Seorang pelakon kacak berusia 20-an yang merupakan bapa kepada dua orang cahaya mata dikatakan curang dengan wanita lain. Eh, betul ke?

Artikel berkaitan : Video Pelakon Lelaki Peluk Wanita Di Kelab Malam Viral, Ada Lelaki Cakap Itu Girlfriend Dia!

Artikel berkaitan : Cerai Sebab Suami Curang, Barbie Hsu Bakal Kahwin Dengan Bekas Kekasih 20 Tahun Lalu

Artikel berkaitan : Sengaja Ajak Gaduh Setiap Hari Khamis, Isteri Dedah ‘Taktik’ Pelakon, Rupanya Pernah Curang Dengan Isteri Orang – ‘Saya Dah Penat Nak Simpan Aib Dia’

Pelakon lelaki curang?

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Harian Metro, hubungan terlarang pelakon lelaki yang pernah menyertai program pencarian ‘hero’ itu terbongkar ketika isterinya memeriksa mesej di telefon.

Tindakan berkenaan dibuat susulan naluri seorang isteri yang melihat banyak perubahan berlaku pada suaminya.

Alangkah luluhnya hati seorang isteri apabila melihat mesej berunsur lucah serta menjijikan suaminya yang berimej ‘alim’ bersama skandal.

Namun, apa yang menguatkan lagi dakwaan apabila pelakon lelaki terbabit bertindak memadam foto isterinya di Instagram dan hanya membiarkan gambar dirinya bersama anak-anak sahaja.

Si isteri mendiamkan diri

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, isteri kepada pelakon berkenaan mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri kerana sedar bahawa dirinya hanya orang biasa dan hanya bergantung harap dengan si suami.

Difahamkan, pelakon terbabit didakwa sudah mula ‘buat hal’ sejak isterinya melahirkan zuriat pertama mereka lagi.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×