berita

Pelakon Ditemui Maut Tergantung Pada Kipas Siling Di Set Penggambaran

December 25th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon Bollywood iaitu Tunisha Sharma ditemukan mati dipercayai membunuh diri semalam di set penggambaran drama bersiri Visai di Mumbai, India.

Pelakon bunuh diri

Pelakon terkenal yang baru berusia 20 tahun itu didakwa menggantung diri pada kipas siling di bilik solek di set penggambaran tersebut. Perkara tersebut hanya disedari oleh krew produksi selepas Tunisha dikatakan tidak munculkan diri selepas ke tandas. Mereka kemudian cuba memecahkan pintu bilik solek dan mendapati mangsa berada dalam keadaan tergantung.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Difahamkan, beberapa jam sebelum kejadian, Tunisha dikatakan sempat memuat naik satu video di Instagram memaparkan dirinya berada di bilik solek sambil berbual dengan krew produksi.

Turut kelihatan jurusolek sedang melukis/menyolek kesan kelar pada pergelangan tangan Tunisha. Bukan itu sahaja, Tunisha sempat berkongsi satu foto dirinya dengan kapysen ‘Sesiapa yang dipacu minat tidak akan berhenti’. Difahamkan, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

Tak dinafikan, berita kematian pelakon yang cukup berbakat ini mengejutkan orang ramai terutamanya peminat dan kenalan. Di ruangan komen Instagram Tunisha, ramai dalam kalangan warganet meluahkan rasa sedih dengan apa yang berlaku.

Posting terakhir mendiang

Sumber: NDTV, Times of India

SKIP THIS AD ×