Pelakon Hollywood, Michelle Trachtenberg meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Manhattan, Amerika Syarikat pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Pelakon Kim Sae Ron Ditemui Meninggal Dunia Di Rumah
Tiada unsur jenayah
Memetik laporan portal TMZ, pelakon yang popular menerusi filem ’17 Again’ itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tidak bernafas kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan.
Sementara itu, laman portal ABC News melaporkan, Michelle berkemungkinan besar mengalami komplikasi selepas menjalani pemindahan hati kira-kira sebulan yang lalu.
Sekadar info, Michelle muka dikenali menerusi lakonannya dalam filem ‘Inspector Gadget’ dan ketika itu dia baru sahaja berusia 13 tahun.
Populariti Michelle kemudiannya memuncak menerusi drama Buffy the Vampire Slayer antara tahun 2000 hingga 2003.
Selain itu, Michelle juga membintangi drama Gossip Girl dan filem EuroTrip.