Pelakon Erika Carlina menerima pelbagai kecaman daripada netizen selepas membuat pengumuman mengejutkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak luar nikah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jennifer Coppen Mengaku Lahir Anak Luar Nikah, Tak Pernah Terdetik Nak Gugurkan – ‘Saya Tahu Salah, Takkan Nak Tambah Dosa?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Jamumall Selar Netizen Tuduh Hamil Luar Nikah – ‘Mulut Jagalah, Nak Menuduh Je’

Erika bersedia terima risiko

Menerusi satu hantaran di Instagram, pemilik nama penuh Erika Carlina Batlawa Soekri, 32, menyatakan bahawa dirinya menerima segala pandangan dan kritikan masyarakat dengan hati yang terbuka. 

Walaupun berdepan pelbagai kecaman, aktres dari Indonesia ini tetap berharap agar orang ramai dapat memberikan sokongan moral kepadanya sehingga proses kelahiran kelak.

Saya bersedia terima apa sahaja risiko tetapi kali ini saya mohon saya perlukan pelindungan sehingga bersalin.

Tambah pelakon filem Hantu Pemburu ini lagi, dia menegaskan bahawa tiada sebarang niat lain di sebalik pengakuannya dan memohon maaf sekiranya tindakan tersebut telah mengecewakan mana-mana pihak.

Tiada niat lain, maaf kerana mengecewakan awak.

Difahamkan, usia kandungan Erika kini sudah mencecah sembilan bulan dan menanti hari untuk melahirkan anak pertamanya itu.

Pendedahan itu mencetuskan perdebatan hangat di media sosial, dengan ramai pihak mengecam tindakannya yang dianggap tidak selari dengan norma masyarakat dan nilai moral. 

Namun begitu, ada juga segelintir peminat yang tampil memberikan sokongan dan mendoakan agar Erika terus tabah menghadapi dugaan serta bertanggungjawab atas keputusan yang telah diambilnya.

Sumber: Instagram Erika Carlina