berita

Pelakon Kena Tahan Positif Dadah, Nama Niezam Zaidi Kena ‘Petik’ Dengan Netizen

October 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Viral di media sosial mengenai penangkapan seorang pelakon lelaki berusia 29 tahun di Kuala Kangsar, Perak, semalam. Bukan itu sahaja, seorang pengarah dan penolongnya turut ditahan ketika pihak berkuasa melakukan serbuan.

Artikel berkaitan: Pelakon, Pengarah & Penolong Pengarah Buat Hal, Kantoi Positif Dadah

Susulan daripada itu, nama Niezam Zaidi telah ‘dipetik’ oleh netizen sejurus berita berkenaan menjadi viral. Menurut dakwaan netizen, Niezam sedang menjalani penggambaran di negeri tersebut.

Viral ‘screenshot’ di Whatsapp

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! netizen membuat dakwaan tersebut selepas satu screenshoot berkenaan nama Niezam Zaidi berlegar di group aplikasi WhatsApp. Hal ini turut dibincangkan oleh netizen di setiap ruangan komen berkenaan berita penangkapan pelakon, pengarah serta penolong pengarah yang sedang menjalankan pengambaran disana.

Betul ke dia?

Selain Niezam, nama pengarah dan penolong pengarah yang disyaki mengambil dadah turut tersebar di media sosial. Walau bagaimanapun, pihak polis masih lagi belum membuat sebarang pendedahan berkenaan identiti ketiga-tiga ‘orang filem’ itu memandangkan masih lagi dalam siasatan.

Netizen juga dilihat sudah mulai singgah ke Instagram pelakon berkenaan dengan meninggalkan komen bahawa mereka masih mencari kepastian mengenai khabar angin tersebut.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×