berita

Pelakon Lee Seung Gi & Lee Da In Bakal Kahwin 7 April Ini

February 7th, 2023 | by Aina Sarah
Kini Trending

Pelakon Korea Selatan, Lee Seung-gi bakal bergelar suami kepada kekasih hatinya yang juga seorang pelakon iaitu Lee Da-in.

Artikel Berkaitan: Song Joong-Ki & Katy Tak Kahwin Mac Depan

Artikel Berkaitan: Song Joong-ki Selamat Berkahwin Dengan Kekasih British, Umum Bakal Jadi Bapa!

Saya lamar & terima ‘Iya’

Pengumuman itu dimuat naik oleh pelakon Mouse itu sendiri di akaun Instagram (IG) miliknya pada tengah hari Selasa.

Menerusi perkongsiannya itu, dia menulis nota tangan mengatakan bahawa majlis perkahwinannya bersama Da-in akan berlangsung pada 7 April ini.

Saya telah buat keputusan bahawa saya ingin menghabiskan masa sebagai ‘suami isteri’ dan bukannya sebagai ‘pasangan bercinta’. Saya telah melamar dan menerima jawapan ‘iya’.

Tambah penyanyi dan pelakon itu, dia ingin kekal bersama dengan Da-in sehingga ke akhir hayatnya sejak rasmi mengumumkan hubungan cinta mereka pada hujung tahun 2020.

Dia mempunyai hati yang baik dan penyayang. Saya mahu kekal bersama dengan orang ini (Da-in) selamanya. Saya mahu jalani kehidupan penuh liku dan gembira tanpa melepaskan tangan yang saya pegang.

Sebelum ini, Seung-gi sendiri menidakkan dakwaan yang mengatakan hubungannya bersama kekasih telah pun putus pada 5 Jun 2022.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×