berita

Pelakon Lelaki Beristeri & Anak Cuba Kahwin Lagi, Rupanya ‘Kantoi’ Dah Pasang 2?

October 10th, 2019 | by Shira
Kini Trending

 

Kes curang yang melibatkan selebriti tempatan terus menjadi perhatian netizen. Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai isu curang seorang pelakon lelaki yang telah mendirikan rumah tangganya pada tahun 2013.

Isu ini bertambah hangat diperkatakan apabila seorang wanita yang mengaku sebagai kekasihnya telah ‘buka mulut’ tentang perhubungan mereka yang terjalin sejak tahun 2018.

Dapat beri pengajaran buat semua

sekadar gambar hiasan

Assalamualakum, mungkin apa yang akan saya share malam ni akan mengejutkan dan menyakiti beberapa pihak. Tapi demi Allah, apa yang saya cuba sampaikan malam ini bukannya untuk kepentingan diri saya seorang sahaja, tapi sebagai manusia yang ada perasaan.

Dan juga tahap kesabaran yang selama ni saya cuba kawal sehabis mungkin untuk menjaga aib dan nama beberapa pihak yang terlibat termasuklah diri saya sendiri. Saya harap apa yang berlaku dalam hidup saya selama setahun ni cukup memberi pengajaran untuk diri sendiri dan juga buat semua perempuan di luar sana.

Bercinta dengan suami orang

sekadar gambar hiasan

Pada september 2018, my relationship with this one guy yang berstatus suami orang bermula. Saya tahu benda ni memang salah dan tak sepatutnya berlaku. Tapi, saya gagal. Bila hari-hari dia text, call dan meluahkan perasaan, lama-lama saya pun cair.

Ya, my mistake. Tapi tak ada istilah saya goda dia ya dalam hal ni. Cuma silap saya, bila lama-lama tu terjatuh hati juga dengan dia. So bermula lah kisah cinta antara saya dengan this guy.

Sampai lah bulan Mac, dia datang jumpa parents saya minta restu. Then benda ni berterusan dan jadi lebih serious sampailah kami decide untuk bernikah. Dan pernikahan tu sepatutnya berlaku minggu depan.

Solat istikharah, minta petunjuk

sekadar gambar hiasan

Nak di jadikan cerita, sejak makin nak dekat macam-macam benda jadi so saya decide to istikharah dan ya, Allah have a better plan for me. Alhamdulillah, last minute dapat tahu, dia ada seorang lagi isteri dan seorang lagi anak dari perkahwinan kedua ni.

Benda yang paling saya terkilan dan sedih, dia abaikan tanggungjawab dia as a husband and father sejak baby ni dilahirkan. Sekali pun tak pernah jenguk anak tu sampai ke hari ini.

Keluarga minta RM100k

sekadar gambar hiasan

So hari yang sepatutnya saya patut jumpa mama and abah dia, saya sebenarnya dah decide nak diamkan je pasal benda ni dan batalkan semua plan nikah ni. So, tiba-tiba dapat call dari dia.  Niat saya angkat tu sebenarnya nak bagi tahu dia cancel jelah tapi tiba-tiba kena tuduh dengan mama dia lepas tu minta saya RM100k.

Saya akan share satu-satu ssebab tak nak ada mana-mana pihak anggap saya reka cerita. Saya, dia dan Allah tahu apa terjadi. Saya berani share walaupun benda ni mengaibkan diri saya juga.

Tapi saya dah tak kisah dengan semua tu sebab saya ingatkan saya dah cukup teraniaya rupanya ada lagi yang lebih menderita dari saya which is his second wife dan saya harap tak ada lagi yang akan jadi mangsa.

Sumber: Facebook