berita

Pelakon Lelaki Berwajah Soleh Didakwa Pukul Wanita Dalam Kereta? – ‘Dengar Suara Jerit-Jerit’

June 1st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, tular satu perkongsian seorang individu di TikTok mendakwa melihat pelakon lelaki yang memiliki wajah soleh bergaduh dengan seorang wanita dalam sebuah kereta.

Pelakon lelaki pukul wanita?

Sekadar gambar hiasan

Bercerita dengan lebih lanjut, individu ini mendakwa pada awalnya dia menyangka itu hanyalah pergaduhan biasa tetapi keadaan semakin tegang selepas pasangan itu masuk ke dalam kereta.

Dia terdengar suara wanita itu menjerit selepas dipukul berkali-kali oleh pelakon lelaki terbabit. Dia cuba membantu namun wanita itu dikatakan enggan keluar dari kereta.

Ternampak seorang pelakon lelaki ni bergaduh dengan seorang perempuan, ingatkan gaduh biasa je lah. Masuk kereta dengar bunyi perempuan jerit-jerit bila tengok kereta tu nampak lelaki tu pukul-pukul banyak kali pulak tu.

Saya pergi nak tolong tapi perempuan tu nangis-nangis and tak nak keluar kereta pulak. Kenapa lah awak tak nak keluar dari situasi bila ada peluang orang nak tolong.

Yang lelaki tu pulak, kalau nak bertumbuk pun cari la pairing ala-ala commando ke rambo ke baru la bermaruah sikit otot-otot tu.

Tambah individu ini lagi, dia sudi tampil sebagai saksi sekiranya wanita tersebut membuat laporan polis mengenai kejadian.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×