berita

Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap Khalwat

May 17th, 2013 | by M
Isu & Kontroversi

Who-wrote-O-A-Presidentia-0071

SHAH ALAM: Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis.

Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.

“Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja. – BERNAMA

Sementara itu, menurut sumber-sumber OHBULAN, apartment itu dikatakan milik rakan pelakon itu. Kata sumber-sumber itu lagi, ketika serbuan, terdapat satu lagi pasangan namun selepas pemeriksaan didapati sudah berkahwin.

Manakala pelakon itu dikatakan ditahan bersama pasangannya berusia 21 tahun di dalam sebuah bilik berasingan di apartment itu.

Kami juga difahamkan, tunang pelakon itu dikatakan datang sendiri ke pejabat Jabatan Agama Islam Selangor bagi menjamin bakal suaminya itu.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.