berita

Pelakon Mengaku Berbogel Dalam Filem Hantu – ‘Ini Adegan Ranjang Pertama Saya & Ia Sangat Mencabar’

June 6th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon cantik Indonesia iaitu Ita Rahma mengaku dirinya berbogel ketika melakukan beberapa babak dalam filem Spirit Doll arahan Azhar Konoi.

Berbogel ketika penggambaran

Bercerita dengan lebih lanjut, Ita atau nama sebenarnya Miftah Rahma akui ini merupakan kali pertama dia melakukan adegan ranjang tanpa memakai baju. Ujarnya lagi, ini adalah pengalaman paling mencabar sepanjang kariernya dalam bidang hiburan.

Benar-benar telanjang. Ini pengalaman adegan ranjang pertama dan paling mencabar sepanjang kerjaya saya dalam dunia hiburan.

Saya agak ragu-ragu. Saya menerima tawaran ini kerana ingin melakukan sesuatu yang berbeza dari segi watak dan peranan. Ketika melakonkan adegan itu, kru yang terlibat dihadkan. Hanya segelintir demi menjaga privasi.

Menurut pelakon berusia 31 tahun ini lagi, dia juga telah mendapat kebenaran daripada ibu bapanya untuk berlakon dalam filem tersebut.

Mereka tahu itu sebahagian daripada pekerjaan saya. Mereka percaya kepada saya.

Sekadar info, Spirit Doll merupakan filem roduksi Blue Water Film dan Golden Scene yang telah ditayangkan di pawagam Indonesia pada 1 Jun 2023. Penggambaran filem ini telah dilakukan sejak Ramadan tahun lalu.

Sumber: Suara.com

SKIP THIS AD ×