
Pelakon sinetron popular Preman Pensiun iaitu Icuk Nugroho dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu, 20 Jun.
Artikel Berkaitan: Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Meninggal Dunia Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat Tiga Sekolah
Pengsan ketika Live TikTok

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi Preman Pensiun.
Menurut rakan seperjuangannya dalam Preman Pensiun, Abenk Marco, Allahyarham yang terkenal menerusi watak Kang Saep dipercayai meninggal dunia akibat masalah kesihatan berkaitan jantung.
Sakit. Ada indikasi kemungkinan penyakit jantung,
Sementara itu, seorang lagi rakan kerjanya, Dihaw Ableh, memaklumkan bahawa Icuk dilaporkan pengsan ketika membuat siaran langsung di TikTok sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Maklumat yang saya terima agak bercampur-campur. Apa yang saya tahu, beliau pengsan sebelum dibawa ke hospital.
Diagnosis awal dikatakan mempunyai masalah jantung, namun diagnosis seterusnya menyatakan beliau mengalami strok,.
Difahamkan, Icuk menerima rawatan selama beberapa hari di hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Sumedang, Jawa Barat.
Sumber: Kompas





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)