Nama pelakon dari Korea Selatan iaitu Nam Yoon-su menjadi topik hangat di media sosial selepas mendermakan buah pinggang kepada bapanya.
Derma buah pinggang kepada bapa
Memetik laporan Koreaboo, pelakon yang berusia 27 tahun itu telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada 19 Jun lalu. Kedua-dua beranak itu dikatakan telah discaj dari hospital dan kini keadaan mereka semakin pulih.
Difahamkan, pelakon drama Extracurricular itu telah berehat daripada kerjayanya sejak awal tahun lagi sebagai persediaan sebelum mendermakan buah pinggangnya kepada bapa tercinta.
Pengorbanan yang dilakukan Nam Yoon-su terhadap bapanya telah mendapat pujian ramai malah boleh dijadikan contoh buat orang ramai.
Menurut sumber, pada awalnya dia enggan war-warkan mengenai perkara tersebut namun setelah mendapat konsultasi daripada pihak hospital, perkara itu didedahkan atas tujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pendermaan organ.
Sumber: Koreaboo