berita

Pelakon Naya Rivera Hilang Di Tasik, Anak Berusia 4 Tahun Terbiar Sendirian Dalam Bot

July 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Industri hiburan antarabangsa dikejutkan dengan satu berita ‘kehilangan’ seorang pelakon siri muzikal popular, Glee iaitu Naya Rivera. Mangsa dilaporkan hilang selepas menaiki sebuah bot yang disewa di Tasik Piru, California.

Anak bersendirian dalam bot

Menerusi laporan yang dipetik daripada Washington Post, sebelum kejadian, pelakon yang berusia 33 tahun itu dikatakan telah menaiki bot untuk bersiar-siar bersama anak lelakinya iaitu Josey Hollis Dorsey. Menurut Jabatan Sheriff Daerah Ventura berkata, kanak-kanak berusia 4 tahun itu ditemui bersendirian oleh individu yang menaiki bot lain sekitar 3 jam kemudian.

Menurut saksi, ketika itu bot sudah pun hanyut dan dia melihat anak lelaki mangsa sedang tertidur di dalam bot berkenaan sambil di badannya tersarung life vest.

Hilang ketika berenang

Susulan daripada insiden itu, petugas di tasik berkenaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan misi menyelamat dilakukan dengan menggunakan bantuan helikopter, dron dan pasukan penyelam. Sementara itu, anak mangsa memberitahu penyiasat bahawa dia dan ibunya berenang di tasik berkenaan namun wanita itu tidak kembali semula ke bot.

Menurut sumber, anak lelaki mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Pihak berkuasa kini masih melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Naya Rivera yang juga merupakan bekas isteri kepada aktor Ryan Dorsey.

Sumber: Washington Post, BBC

SKIP THIS AD ×