berita

Pelakon Terkenal, Ashraf Sinclair Disahkan Meninggal Dunia

February 18th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Dunia hiburan Malaysia dan Indonesia hari ini digemparkan dengan satu berita sedih apabila seorang pelakon terkenal, Ashraf Sinclair telah disahkan meninggal dunia.

Serangan jantung

Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair yang juga merupakan suami kepada aktress dan penyanyi terkenal, Bunga Citra Lestari menghembuskan nafas terakhirnya sekitar awal pagi Selasa (18 Februari 2020).

Memetik laporan daripada Kompas.com, bintang terkenal berkenaan dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jenzah masih di hospital

Menurut sumber, berita pemergian Ashraf ini disahkan oleh pengurus Bunga Citra Lestari iaitu Doddy melalui pesanan aplikasi Whatsapp.

Benar (meninggal dunia), tadi pagi.

Difahamkan juga, jenazah Ashraf dikatakan masih berada di sebuah pusat perubatan di Jakarta.

Sumber: Kompas.com, Suara.com

SKIP THIS AD ×