berita

Pelakon Terkenal Bollywood, Irrfan Khan Meninggal Dunia

April 29th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Industri hiburan Bollywood hari ini dikejutkan dengan satu berita sedih atas pemergian seorang pelakon yang sangat berbakat iaitu Irrfan Khan.

Irrfan Khan meninggal dunia

Menerusi laporan yang dipetik daripada BBC News, Irrfan Khan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani di Mumbai. Difahamkan, pelakon terkenal yang berusia 53 tahun ini telah dimasukkan ke wad pada hari Selasa (28 April 2020) untuk menjalani rawatan selepas menderita jangkitan usus besar.

Namun malangnya, keadaan kesihatan Irrfan Khan dilihat semakin merosot dan telah meninggal pada keesokan harinya iaitu pada 29 April 2020 (Rabu).

Didiagnosis tumor neuroendokrin

Pelakon yang pernah merangkul anugerah aktor terbaik menerusi Anugerah Kebangsaan India ini juga merupakan salah seorang pejuang kanser yang sangat kuat dan cekal. Menurut sumber, sebelum ini iaitu pada bulan Mac 2018, Irrfan Khan pernah mendedahkan kepada umum bahawa dia telah didiagnosis dengan tumor neuroendokrin iaitu salah satu penyakit yang jarang sekali berlaku.

Beliau kemudian telah pergi ke Hospital di London untuk mendapatkan rawatan. 2 bulan selepas dia mendedahkan penyakitnya itu kepada umum, pelakon yang memiliki dua orang anak ini kemudian menulis satu surat terbuka dengan menceritakan pengalamannya sepanjang menjalani rawatan kanser.

Rakan artis sedih

Berita pemergian Irrfan Khan ini telah mengejutkan ramai. Rata-rata rakan artis dan para peminat turut meluahkan rasa sedih dan mengucapkan salam takziah atas pemergian seorang pelakon yang sangat terkenal dan berbakat ini.

Sumber: BBC News, Hindustan Times, Mirror Uk, Independent Uk, Twitter

SKIP THIS AD ×