berita

Pelakon Terkenal Meninggal Dunia 2 Hari Sebelum Ulang Tahun Kelahiran Ke-44

September 18th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon terkenal Amerika Syarikat, Billy Miller dilaporkan meninggal dunia pada 15 September lalu iaitu dua hari sebelum hari kelahirannya ke-44 yang jatuh pada tanggal 17 September.

Meninggal dunia dua hari sebelum hari jadi

Aktor yang membintangi drama bersiri General Hospital itu menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 43 tahun namun sehingga kini, punca kematiannya tidak didedahkan kepada umum.

Akan tetapi menurut sumber, Miller yang merupakan anak kelahiran Tulsa, Oklahoma didakwa mengalami kemurungan manik.

Difahamkan, kematian Miller disahkan oleh seorang individu di sebuah restoran dan bar di Los Angeles dan Miller merupakan pemilik bersama perniagaan terbabit.

Sekadar info, Billy Miller merupakan graduan ijazah komunikasi di Universiti Texas dan kemudian berpindah ke Los Angeles. Pada tahun 2007, Miller debut dalam program All My Children dan memegang watak sebagai Richie Novak.

Sumber: Daily Mail, The Sun

SKIP THIS AD ×