berita

Pelakon Veteran Korea Disaman Selepas Didakwa Hamilkan Teman Wanita & Enggan Bertanggungjawab

August 4th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Foto kredit : Allkpop

Baru-baru ini, dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan satu khabar yang mengatakan pelakon veteran Kim Yong Gun didakwa enggan bertanggungjawab terhadap teman wanitanya yang sedang hamil.

Yong Gun meminta teman wanita gugurkan kandungan

Foto kredit : Allkpop

Menerusi laporan Allkpop, Yong Gun didakwa telah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita berusia 39 tahun yang dikenali sebagai ‘A’. Pada tahun 2008, mereka telah bertemu di sebuah majlis dan memutuskan untuk menjalinkan hubungan selama 13 tahun sehingga wanita berkenaan disahkan hamil pada Mac lalu.

Konflik mula tercetus apabila wanita berkenaan nekad untuk melahirkan bayi hasil daripada hubungan mereka, namun bapa kepada pelakon Ha Jung woo dikatakan tidak bersetuju dan memintanya untuk menggugurkan kandungan.

Susulan daripada itu, A mengambil keputusan untuk menyaman pelakon berusia 76 tahun itu gara-gara tidak berpuas hati terhadap sikap pelakon terbabit kerana dia dipaksa untuk menggugurkan kandungan.

Saya menjalinkan hubungan dengannya secara senyap-senyap selama 13 tahun. Sekarang dia nak hancurkan kehidupan saya. Kehidupan saya sebagai seorang wanita berharga seperti sisa-sisa kehidupan Kim Yong Gun. Dia memang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.

Teman wanita dedah dia didera secara lisan

Foto kredit : Allkpop

Walau bagaimanapun, Yong Gun telah tampil untuk memberi penjelasan mengenai perkara tersebut dan mengakui berasa kesal serta memberitahu bahawa dia akan bertanggungjawab terhadap teman wanitanya itu.

Saya tahu saya sudah terlambat tapi saya sedar betapa berharganya anak itu berbanding imej saya sebagai seorang pelakon. Saya telah memberitahu perkara ini kepada anak lelaki saya dan dia menerima perkara itu dengan hati yang terbuka.

Ujarnya lagi, A telah menjaganya ketika dirinya berasa sepi dan dia bersyukur kerana wanita itu berada disisinya. Namun, pada 21 Mei lalu, kekasihnya telah memutuskan hubungan dengannya dan mereka hanya boleh berbincang melalui peguam sahaja.

Setelah melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Yong Gun, A dikatakan masih tidak berpuas hati dan mendedahkan bahawa dia didera secara lisan oleh aktor terbabit.

Sumber : Allkpop

SKIP THIS AD ×