berita

Pelakon Wanita Hampir Dicekup

June 26th, 2012 | by M
Kini Trending

Kes 4 gadis melayu penari yang dicekup dalam persalinan ala bikini di sebuah kelab oleh pihak berkuasa pada hari Sabtu lalu menjadi titik tolak bahawa keruntuhan moral serta akhlak muda-mudi hari ini tidak harus dipandang enteng.

Difahamkan, mereka dibayar sebanyak RM300 untuk mengadakan persembahan selama 10 minit di atas pentas dengan rata-rata umur di antara 18 – 22 tahun.

Dalam cerita yang berlainan, seorang pelakon wanita yang dipalitkan dengan kontroversi baru-baru ini turut dilihat oleh beberapa saksi berada di lokasi yang sama ketika serbuan dilakukan. Bagaimanapun, pelakon itu dan rakannya hanya ditahan bagi memberikan kerjasama untuk prosedur soal siasat.

Mereka kemudiannya dibebaskan keluar daripada kelab selepas didapati tidak melakukan sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Kata sumber lagi, mereka turut diberi amaran oleh penguatkuasa agar tidak menjejakkan kaki ke lokasi berkenaan lagi.

Foto : Sekadar hiasan.

SKIP THIS AD ×