Tak ada angin, tak ada ribut meletus pula satu cerita yang mendakwa seorang pelakon wanita senior terkenal telah mengganggu rumah tangga orang lain dan menjadi orang ketiga? Panas cerita ni!
Artikel Berkaitan: Pelakon Berstatus Janda Berjaya Rampas Suami Orang Sampai Isteri Minta Cerai?
‘Suami kau yang cari aku’
Gambar sekadar hiasan
Menerusi hantaran yang dimuat naik Melodi, seorang wanita yang tidak dikenali tampil mendakwa pelakon wanita senior itu telah mengganggu rumah tangga ibu dan ayah kepada rakan karibnya.
Lebih teruk lagi, ibu bapa kepada rakan karibnya itu dilaporkan hampir bercerai gara-gara perbuatan pelakon senior tersebut.
Saya cerita untuk kebaikan, kawan saya dah lama terseksa. Saya tak boleh tengok kawan saya menderita dengan apa yang pelakon wanita senior itu telah buat.
Ayah kawan saya ni dah macam angau dengan pelakon tu, tak tahulah kena ‘mandrem’ ke apa ke sebab dia ikut je apa kemahuan pelakon tu. Dia bagi duit dan sebagainya.
Dia banyak main kisah air mata dan banyak kisah buruk yang korang tak tahu.
Dakwa individu itu lagi, pelakon wanita tersebut juga pernah mengugut ibu kepada rakan karibnya itu dan seakan tidak mengaku kesalahan yang dilakukannya.
Mak kawan saya pernah kena ugut dengan pelakon wanita tersebut dan bila berjumpa dia kata, ayah kawan saya yang terhegeh-hegeh dengan dia.
Paling saya geram ialah dia ugut mak kawan saya tu, ‘Jangan sampai suami dia lupa dan tak kenal dah isteri dan anak-anak dia’.
Menurut individu tersebut, dia bukanlah berniat untuk membuka aib namun sudah penat melihat kesengsaraan yang berlaku terhadap keluarga rakan karibnya itu.
Saya cerita ni bukanlah sebab nak buka aib tapi supaya tak terjadi kepada orang luar. Mungkin nampak dia macam nak kasihan je tapi rupanya dia perempuan bertopengkan syaitan.
Dia siap minta duit bapa kawan saya untuk buat perniagaan sampai habis duit dia.
Pada pelakon tu, bertaubatlah sebab apa yang awak buat ni salah. Jangan nak musnahkan rumah tangga yang dibina.
Namun begitu, tiada sebarang maklumat mahupun ‘hint’ yang diberikan individu tersebut mengenai siapakah gerangan pelakon wanita senior yang dimaksudkannya itu.
Video
@melodiberapi Melodi terima aduan, seorang pelakon wanita senior didakwa mengganggu rumahtangga keluarga sahabatnya..nak tahu lebih lanjut sila dengarkan aduan ini. #meloditv3 ? original sound – Melodi
Sumber: TikTok