berita

Pelakon Watak Albus Dumbledore Dalam Filem Harry Potter, Michael Gambon Meninggal Dunia Di Usia 82 Tahun

September 29th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Michael Gambon, yang terkenal dengan watak Profesor Albus Dumbledore dalam filem ‘Harry Potter’ meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Artikel Berkaitan: Tidak Mungkin Berjaya Ke Tahap Sekarang Tanpa Bantuan JK Rowling, Emma Watson Dilabel Tak Kenang Budi?

Serangan radang paru-paru

Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan, isteri mendiang dan anak lelakinya, Fergus Gambon berkata mereka berada di sisi Michael Gambon ketika menghembuskan nafas terakhir.

Clair Dobbs, wakil bagi pihak isterinya Anne Miller dan anak lelakinya Fergus telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai pemergian pelakon dalam filem Harry Potter itu.

Kami amat sedih untuk mengumumkan kehilangan Michael Gambon.

Suami dan bapa tercinta, Gambon meninggal dunia dengan aman di hospital bersama isterinya Anne dan anak lelaki Fergus di sisinya, berikutan serangan radang paru-paru.

Walau bagaimanapun, keluarga Gambon meminta orang ramai untuk menghormati privasi mereka dan turut mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada mereka.

Kami meminta anda menghormati privasi kami pada masa ini dan terima kasih atas mesej sokongan dan kasih sayang anda.

Sekadar info, Gambon telah memulakan kerjayanya dalam teater di Dublin, Gambon pertama kali muncul di atas pentas dalam penerbitan “Othello” di Teater Gates pada tahun 1962 dan dinobatkan sebagai kesatria atas sumbangannya kepada industri hiburan pada tahun 1998.

Dia juga terkenal kerana menggambarkan detektif Perancis Jules Maigret dalam siri ITV “Maigre” dan membintangi siri BBC “The Singing Detective.”

Sumber: Page Six

SKIP THIS AD ×