Pelbagai perkara boleh berlaku dalam sekelip mata. Kalau tiba-tiba berlaku situasi tak diduga dan di luar kawalan kita, macam mana kita nak hadapinya? Bukannya kita tahu. Oleh itu, penting untuk kita mendapatkan pelan takaful seawal mungkin sebagai persediaan bagi menghadapi situasi luar jangkaan.
Apabila kita miliki pelan takaful, perlindungan tersebut akan membantu kita untuk membayar, sama ada sepenuhnya atau sebahagian pada waktu kecemasan. Kalau korang nak cari pelan takaful pertama korang, kami rekomen yang ni.
FWD Kasih, pelan takaful yang mampu dimiliki ramai
Siapa yang tak nak pelan perlindungan yang mudah kan? Semua orang pun nak. Jadi, korang kena la pilih FWD Kasih sebagai pelan takaful pertama korang. Memang tepat dan berbaloi.
Kenapa kami cadangkan korang dengan FWD Kasih? Haa.. FWD Kasih telah diperakui oleh Bank Negara Malaysia sebagai pelan perlindungan yang mampu milik. Selain mudah difahami, proses tuntutannya jugak senang dan ringkas.
Lebih-lebih lagi, sekarang ni ada Program Baucar Perlindungan Tenang. Kempen ini merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan B40. Apa faedah yang korang boleh dapat dengannya?
Di bawah Program Baucar Perlindungan Tenang, korang boleh mohon baucar bantuan kewangan berjumlah RM50. Untuk FWD Kasih, sumbangan tahun pertama juga akan dibiayai dengan diskaun sehingga 65%*!
*Tertakluk terma dan syarat
Korang juga berpeluang memenangi sebuah tablet berserta data internet bernilai RM400 kalau korang sertai FWD Kasih dari 28 Oktober hingga 10 November 2021. Bestnya!
Ini antara keistimewaan tentang FWD Kasih yang patut korang tahu. Jangan lupa kongsikannya dengan keluarga dan kawan-kawan korang!
Pelan Takaful FWD Kasih penting untuk jangka masa lama
Korang mesti dah ada komitmen atau perbelanjaan kewangan sendiri kan? Kalau nak bayar sumbangan perlindungan yang mahal, takut tak mampu atau kena adjust perbelanjaan sedia ada. Itulah yang best kalau korang pilih FWD Kasih sebagai pelan takaful pertama korang. Ia bukan sahaja mampu milik, tapi boleh jadi pengganti pendapatan semasa korang perlukannya!
Dengan manfaat kematian dan hilang upaya penuh dan kekal, jumlah perlindungan akan dibayar sepenuhnya untuk membantu korang dan keluarga dari segi kewangan apabila diperlukan. Memang bagus la FWD Kasih ni.
Badal Haji dan khairat kematian
Sebagai seorang muslim, kita kan wajib mengerjakan rukun Islam kelima iaitu menunaikan haji. Bagaimana sekiranya kita tak berupaya untuk mengerjakannya? FWD Kasih boleh tolong korang dalam hal ni!
Kalau korang nak tahu, FWD Kasih mempunyai manfaat badal haji untuk membantu korang menunaikan haji sekiranya korang hilang keupayaan untuk melakukannya. Jika korang meninggal dunia, khairat kematian pula akan dibayar kepada keluarga.
Perlindungan yang berpandukan syariah
Kalau korang nak dapatkan perlindungan kewangan, mesti korang nak pelan yang selamat dan patuh syariah kan?
Oleh itu, memang pilihan tepat la untuk korang pilih FWD Kasih. Operasi takaful ini adalah berdasarkan kontrak Wakalah yang bertepatan dengan syariah dan dipantau oleh jawatankuasa syariah syarikat. Bagus kan?
Mikrotakaful yang mampu milik
Apa yang kami paling suka tentang FWD Kasih, ia mudah, mampu milik dan sesuai mengikut pendapatan dan keperluan korang. Memang berbaloi!
Anda boleh sertai pelan FWD Kasih tanpa menggunakan Baucar Perlindungan Tenang jugak. Dengan hanya serendah RM2.03/sebulan, FWD Kasih adalah pelan takaful bertempoh yang boleh diperbaharui setiap tahun.
Pelan ini menyediakan perlindungan kepada korang dengan sumbangan yang berpatutan dan tidak membebankan situasi kewangan korang.
Kat mana lagi nak cari pelan takaful macam ni? FWD Kasih je yang ada. Sesuai untuk semua orang kot. Tak rugi kalau ambil FWD Kasih sebagai takaful pertama korang. Kami jamin korang takkan menyesal punya la. Recommended!
Sememangnya perlindungan pelan FWD Kasih dapat memanfaatkan korang di masa depan. Senang cerita, ini la pelan takaful yang mampu milik dan berpatutan!
Macam mana? Kami rasa korang mesti dah berminat untuk sertai kempen ni. Dah boleh agak dah.
Kalau korang nak info lebih lanjut tentang pelan takaful ni, korang boleh mohon dalam talian.
Untuk mohon dengan Baucar Perlindungan Tenang, klik di sini.
Untuk mohon tanpa Baucar Perlindungan Tenang, klik di sini.