berita

Pelanggan ‘Annoying’ Mesej Berulang Kali, Rider Ini Pecut Motor 160km/j Sampai Nak ‘Terbalik’ Meter!

February 26th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook Page ‘Food Panda Rider Malaysia’, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Peje, berkongsi kiriman mesej yang diterima olehnya daripada seorang pelanggan. Menerusi kiriman yang dikongsikan, pelanggan tersebut telah menggesanya untuk segera menghantar pesanan yang dibeli.

Lambatnya

Menurut Peje, pelanggan tersebut telah menghantar kiriman mesej sepeti ‘lambatnya, ada masalah ke? Dah bayar dah ni jangan macam-macam’ kepadanya di ruangan chat aplikasi penghantaran tersebut. Meskipun sudah diberitahu bahawa pemilik restoran sedang masak masakan yang dibeli, pelanggan itu masih menggesanya untuk cepat menghantar pesanan tersebut.

Abang delivery kena cepat

Abang kena delivery cepat-cepat. Customer dah bising-bising.

Selain berkongsi kiriman mesej, Peje turut berkongsi rakaman video di mana dia cuba menunggang motosikal secepat yang mungkin untuk menghantar pesanan pelanggannya. Namun begitu, di ruangan komen rata-rata netizen meluahkan pelbagai pendapat berhubung isu berkenaan.

Baru kena lebih kurang macam ni

Menurut netizen, pelanggan seharusnya faham akan situasi tersebut. Ini kerana, mereka sudah dimaklumkan bahawa kelewatan penghantaran berpunca daripada peniaga bukan daripada penghantar makanan. Di samping itu, netizen turut berpesan agar semua penghantar makanan menunggang motosikal secara berhati-hati meskipun diggesa oleh pelanggan.

Sumber: Mohd Peje via Food Panda Rider Malaysia

SKIP THIS AD ×