
Seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman pertamanya menjamu selera di restoran milik penerbit dan pelakon, Sheila Rusly.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Rapat Dengan Mak Mentua, Tak Ada Iri Hati.. Cuma Kurang Chemistry’ – Sheila Rusly
Artikel Berkaitan: Elisya & Beatrice Selalu Lepak Dalam Bilik Sheila Rusly, Netizen Suka Tengok ‘Bonding’ Mentua & Menantu
Pelanggan kurang puas hati

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut mengakui hidangan yang disajikan tidak memenuhi cita rasanya.
Jelas individu berkenaan, dia pada asalnya teruja untuk mencuba menu di restoran itu selepas melihat gambar-gambar makanan yang kelihatan menyelerakan.
Saja nak sokong kedai artis sebab tengok dalam gambar memang nampak sedap sangat. Sekali dah rasa, biasa saja. Mungkin tak kena dengan tekak kami kot. First and last lah makan sini.
Hantaran itu bagaimanapun mendapat perhatian Sheila yang tampil memberikan respons secara terbuka dan profesional.
Menurut Sheila, dia memahami setiap pelanggan mempunyai cita rasa yang berbeza dan bukan sesuatu yang mudah untuk memastikan semua orang berpuas hati dengan hidangan yang disediakan.
Alhamdulillah, kalau tak sedap di tekak awak, saya faham. Bukan senang nak puaskan tekak semua pelanggan.
Apa-apa pun, terima kasih sebab sudi datang menyokong. Maaf kalau ada kekurangan daripada @siangmalamsheilarusly. Nanti kita akan cuba perbaiki.
Sikap positif ibu mentua kepada Elisya Sandha itu turut menerima pujian daripada netizen yang menyifatkan dia bijak mengendalikan kritikan tanpa melatah.
Membalas salah satu komen, Sheila berkongsi pesanan ringkas mengenai kepentingan menyebarkan aura positif dalam kehidupan seharian.
Mulakan hari kita dengan kata-kata yang indah yang boleh buat semua orang tersenyum. Insya-Allah kita akan lebih tenang, cuba tau.
Sumber: Threads








