berita

Pelanggan Nak Extra Pedas, Peniaga Letak 50 Biji Cili Api Dalam Nasi Goreng!

January 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kumpulan Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official di laman Facebook, sering menghiburkan netizen menerusi perkongsian ahli-ahli yang terdapat dalam kumpulan tersebut. Lazimnya, ahli-ahli kumpulan tersebut akan berkongsi kisah dan foto menu masakan mereka yang tidak menjadi.

Terbaru, seorang lelaki yang dikenali sebagai Sifu Sabar memuat naik satu posting di mana dia meletakkan 50 biji cili api di dalam nasi goreng pelanggannya. Biar betul?

Janji customer puas hati

50 biji cili api. Bila regular customer order nasi goreng pedas nak mampus. Kami okey jer. Janji customer puas hati.

Menurut Sifu Sabar, dia telah meletakkan 50 biji cili api ke dalam nasi goreng pelanggan tetapnya. Ini kerana, pelanggan tersebut membuat pesanan bahawa nasi gorengnya perlu pedas yang teramat. Tambahnya, dia akan berasa puas hati apabila berjaya menunaikan permintaan pelanggan.

Namun begitu, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut apabila melihat kesemu cili api yang diletakkan oleh Sifu ke dalam nasi goreng pelanggannya. Malah, mereka turut risau bagaimana reaksi pelanggan tersebut sewaktu makan nasi goreng yang telah dibeli.

Kedai abang dekat mana?

Sumber: Sifu Sabar via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×