berita

Pelanggan U Mobile Kini Nikmati 24/7 Streaming Video Percuma Tanpa Had Dengan ‘Video-Onz’

May 4th, 2016 | by Noraniza
Shout Out!

Screen Shot 2016-05-04 at 11.39.24 AM

Nampaknya bertalu-talu berita baik untuk pelanggan setia U Mobile sekarang ni! Untuk pengetahuan korang, U Mobile Sdn Bhd kini memberi bonus kepada pelanggannya dengan menawarkan 24 jam video streaming percuma menerusi ‘Video-Onz’.

‘Video-Onz’ adalah sebuah inovasi daripada U Mobile untuk pelanggan prabayar dan pascabayar mereka menikmati video atas talian di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa perlu risau mengenai data yang telah digunakan. Memang percuma!

Screen Shot 2016-05-04 at 12.08.28 PM

Perkhidmatan U Mobile ‘Video-Onz’ kini boleh digunakan oleh pelanggan yang melayari video menerusi YouTube, HyppTV Everywhere, Viu, iflix, Youku Tudou, Astro on the Go, tonton, Eros Now, Herotalkies, ONFM dan Pocketimes. 

Tidak cukup dengan itu, HyppTV juga menawarkan 2 bulan akses percuma untuk servis HyppTV Everywhere dan Viu juga membolehkan akses premium selama 60 hari percuma kepada pelanggan U Mobile!

Servis U Mobile ‘Video Onz’ ini ditawarkan kepada pelanggan pascabayar yang menggunakan pakej P70, i90, dan i130. Manakala, untuk pengguna pakej pascabayar yang lain dan juga pelanggan broadband, korang akan memperoleh ekstra 100% data untuk ‘Video-Onz‘.

Jangan khuatir! Untuk pelanggan prabayar pula, korang juga akan menikmati ekstra 100% data untuk ‘Video-Onz’ dengan setiap pembelian UMI/MB pakej data! Oh ya! Pelanggan UMI juga akan memperoleh data ekstra sebanyak 1GB sehingga 30 Jun 2016.

Lepas ni lagi seronoklah korang video streaming ya!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×