berita

Pelatih Di Pusat Serenti Gantung Diri Selepas Kecewa Teman Wanita Jumpa Kekasih Baru

June 25th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, seorang pelatih sebuah pusat serenti ditemui mati dalam keadaan lehernya tergantung di hadapan sebuah pintu tandas. Kejadian yang berlaku semalam itu disedari oleh seorang petugas yang melakukan rondaan kira-kira pukul 8.10 malam.

Masuk pusat serenti sebab nak berubah

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh seorang petugas yang sedang melakukan rondaan di hadapan tandas sebuah bilik.

Siasatan pihak polis menjumpai sekeping nota di dalam sebuah buku miliknya yang tertera dalam bahasa tamil di tepi katil. Di dalam nota berkenaan, mangsa menulis permohonan maaf ke atas ibunya kerana dia berasa dirinya telah menyusahkan keluarga.

Mangsa yang berusia 36 tahun itu turut memberitahu bahawa tujuan dia datang ke pusat serenti itu kerana ingin berubah menjadi lebih baik demi teman wanitanya.

Teman wanitanya jumpa pengganti baru

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, teman wanitanya itu dikatakan telah jumpa pengganti yang lain dan menyebabkan mangsa berasa sangat kecewa serta tidak mahu menyusahkan siapa-siapa lagi sebelum bertindak untuk membunuh diri.

Jelasnya lagi, mangsa mempunyai empat rekod yang berkaitan dengan dadah dan dia sebenarnya masuk ke pusat serenti berkenaan adalah secara sukarela serta tiada paksaan pada April lalu.

Dia bagaimanapun diasingkan selepas pakar perubatan mendapati lelaki itu mempunyai masalah kudis buta bagi mengelak daripada mengjangkiti pelatih lain.

Sumber : Kosmo

 

SKIP THIS AD ×