

Seorang bekas peserta sebuah program realiti komedi stesen televisyen berbayar tempatan ditahan polis kerana dipercayai merogol seorang gadis berusia 20-an di sekitar daerah Johor Bahru, pagi Khamis.
Artikel Berkaitan: Apa Itu Sentuhan Selamat & Kenapa Ianya Penting?
Artikel Berkaitan: Lelaki Mengaku Makan Daging Kawan Baik Selama 2 Hari, Kantoi Lepas Buang Mayat Di Taman – ’32 Tahun Tunggu, Itu Adalah Momen Bersejarah Aku’
Pelawak rogol gadis?

Memetik Kosmo, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan penangkapan itu selepas dihubungi pemberita.
Menurut beliau, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar Bandar Raya Johor Bahru.
Suspek telah dikenakan reman selama lima hari bermula hari ini hingga 2 Disember depan. Polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Muhammad Fitri Mokhtar.
Sumber: Kosmo







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)