berita

Pelawat, ‘Pak Guard’ Bertumbuk Di Hospital Temerloh

May 31st, 2022 | by Hariz
Kini Trending

‘Babak’ pergaduhan antara orang awam dan pengawal di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh tular di media sosial, semalam. Insiden tersebut dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati dengan tindakan pengawal keselamatan yang melengahkan waktu pertukaran penjaga di wad.

Polis kini mengesan individu dalam video

Video viral berdurasi 10 saat itu memaparkan kekecohan di hadapan bangunan utama Hoshas susulan pergaduhan antara beberapa lelaki dengan pengawal keselamatan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, siasatan awal mendapati kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu bermula selepas seorang pengawal keselamatan hospital berkenaan bertengkar dengan beberapa pelawat hospital yang menjaga pesakit.

Kejadian berpunca daripada pelawat hospital yang tidak berpuas hati dengan pengawal keselamatan hospital yang melengahkan waktu pertukaran penjaga di Wad Kenanga 14.

Susulan itu pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan ekoran daripada kejadian tersebut.

Tambahnya lagi, kini pihak polis sedang giat mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian pergaduhan tersebut dan meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Orang ramai juga digesa untuk menyalurkan maklumat jika berlaku sebarang pergaduhan kepada pihak polis dengan menghubungi bilik gerakan daerah atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Video

Sumber: Kosmo!

SKIP THIS AD ×