berita

Pelbagai Destinasi Menarik Yang Mesra Muslim? Wow, Jom Kita Melancong ke Hong Kong!

April 29th, 2023 | by Umirah Halim
Kini Trending

Dengan pembukaan semula sempadan, kita dah boleh keluar travel oversea kan?

Haa…buat korang yang taktahu nak pilih pergi mana for next destination korang bercuti, korang wajib pilih Hong Kong sebagai destinasi percutian korang sebab banyak tempat yang fun-fun tau! Yang penting mesra muslim!

Jom min share dengan korang tempat- tempat menarik di Hong Kong yang korang boleh singgah nanti! Korang yang suka OOTD tu mesti lagi excited!

Pelbagai destinasi menarik yang boleh dinikmati tanpa mengira usia!

1. Disneyland Hong Kong

Siapa yang teringin nak pergi Disneyland tu ha boleh lah pergi ke Disneyland Hong Kong ni! Ada banyak attraction yang menarik confirm korang akan enjoy pergi sini!

Antara tempat menarik yang korang boleh teroka di Disneyland Hong Kong ni antaranya Castle of Wonderful Dreams, Momentous,  The Royal Reception Hall, Rose Window, Enchanted Treasures dan banyak lagi di sekitar Disneyland Hong Kong ni.

Ha..buat peminat filem Disney dan Pixar korang memang wajib pergi sini!

Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh klik – Hong Kong Disneyland

2. Water World Ocean Park

Rasai pengalaman menakjubkan dengan Water World Ocean Park yang menawarkan 5 zon dengan 27 tarikan yang menarik, termasuk kolam mega berombak dan sembilan gelongsor air yang curam!

Selain itu, terdapat juga pameran Ocean Park X Father of Gundam Okawara Kunio Ulang Tahun Ke-50 juga yang mempamerkan pelbagai karya dan reka bentuk robot-robot yang dihasilkan oleh Okawara.

Tunggu apa lagi, ini lah masanya untuk korang bersuka-ria dengan orang yang tersayang di sini!

Untuk maklumat lanjut klik sini – Water World Ocean Park

3. The Peak Tram

Nikmati pemandangan langit Hong Kong yang menakjubkan di The Peak!

Korang jangan lepaskan peluang untuk tengok sendiri pemandangan dari atas platform tertinggi di Hong Kong, yang berketinggian 428 meter dari aras laut. Fuh, siapa yang gayat challenging sikit ni!

Pergi waktu siang atau malam view dekat atas tu dua-dua memang menakjubkan!

Korang boleh juga singgah ke Madam Tussauds dan jumpa selebriti kegemaran korang tau! Terdapat lebih daripada 100 patung lilin ikon tempatan dan antarabangsa yang terkenal seperti Jackson Wang, Pia Wurtzbach, dan Lee Chong Wei!

Tak dapat jumpa real life pergi sini pun dah seronok weh, yang penting boleh bergambar together tak payah berebut!

4. Arte M Hong Kong

Pameran seni media yang bertemakan “Alam Abadi” ini mempersembahkan karya yang mentafsir semula pelbagai subjek dan ruang di alam semula jadi yang dihasilkan oleh syarikat digital Korea d’strict.

Pengunjung akan terpukau dengan pengalaman gambaran imaginatif  tentang hutan, bunga wisteria, ombak dan banyak lagi!

Korang yang nak feel the vibe sendiri boleh lawat Arte M Hong Kong ni! Gerenti best!

5. Muzium M+

Muzium M+ mempamerkan budaya abad ke- 20 dan 21 yang merangkumi seni visual, reka bentuk dan seni bina serta imej yang berinteraktif tau! Menarik kan?

Terletak di tengah-tengah Daerah Kebudayaan Kowloon Barat, M+ merupakan salah satu muzium budaya visual moden dan kontemporari terbesar di dunia. Buat pecinta seni tu jangan lupa singgah sini tau!

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik di sini – Muzium M+

6. Masjid di Hong Kong

Kalau korang nak tahu, dekat Hong Kong jumlah penduduk Islam semakin meningkat dan kini dah berjumlah lebih 220,000 orang, termasuk 30,000 orang Cina Muslim.

Dekat Bandar Hong Kong ada lima masjid yang korang boleh singgah dan yang terbesar adalah Masjid Kowloon dan Islamic Centre dan mampu untuk menampung kapasiti sehingga 3,500 orang. Manakala, masjid yang tertua ialah Masjid Jamia yang baru sahaja diubah suai.

Korang boleh semak Senarai Masjid di Hong Kong ni untuk memudahkan perjalanan korang di sana nanti.

Nikmati makanan yang lazat dengan penyajian kreatif yang dijamin halal!

JaJa

Terletak betul-betul di dalam hab kreatif Pusat Seni Hong Kong yang baharu, JaJa atau disebut “HaHa” merupakan kafe yang mempunyai dekorasi unik yang mampu menyajikan pengalaman menjamu selera yang menyeronokkan!

Selain itu, art lovers juga boleh usha persembahan art installation yang interaktif oleh artis tempatan di kafe ni! Terujanya!

Food blogger di luar sana tu ha korang boleh lah plan untuk pergi ke kafe yang Instragammable ni! Bukan boleh makan sedap je tapi boleh ambil gambar untuk post kat media sosial korang jugak lepas tu! OOTD korang mesti next level!

Antara menu yang korang wajib cuba, Soup-er Wontons, Piza Kari Merah 1 Meter dan milkshake “Shake It Off” yang berwarna-warni.

Info lanjut korang boleh klik je dekat sini JaJa!

Jangan lupa beli ole-ole untuk orang yang tersayang!

Imperial Patisserie

Imperial Patisserie pakar dalam pembuatan pastri Cina yang halal tau! Jadi, memang sesuai kalau siapa yang pastry lover atau nak cari hadiah untuk bagi dekat family atau kawan-kawan korang.

Kedai ni senang je korang nak cari di Hong Kong sebab banyak cawangan antaranya termasuk di Tsim Sha Tsui, Wan Chai dan Causeway Bay.

Selain itu, Imperial Patisserie juga menawarkan pelbagai jenis pastri yang disahkan halal oleh The Incorporated Trustees of the Islamic Community Fund di Hong Kong, termasuk Egg Rolls, Michelin Palmiers dan Crispy Cookies. Fuh, terliur min.

Imperial Patisserie juga telah terima pensijilan halal pada tahun 2020, korang tak payah risau pasal status halal kalau korang berbelanja kat sini memang confirm terjamin.

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik sini – Imperial Patisserie

Hong Kong Goodies

Rugi lah tak beli barang ole-ole untuk bawak balik rumah kan? Baru lah boleh simpan sebagai kenangan korang pernah pergi Hong Kong.

Ha..special hanya untuk pelancong yang ke Hong Kong Goodies korang boleh dapatkan baucar penggunaan pelawat di sini tau!

Korang boleh dapatkan baucar tunai bernilai 100 HKD untuk korang gunakan semasa di destinasi yang korang nak pergi nanti! Fuh, bukan itu sahaja hadiah eksklusif juga bakal menanti korang semua! Wah, seronok nya!

Untuk tahu macam mana nak dapatkan baucar tu korang boleh klik sini – Hong Kong Goodies

Ha, tunggu apa lagi jom cepat-cepat ajak family atau geng korang untuk plan next vacation di Hong Kong ni! Yang penting mesra muslim so memang smooth je nanti korang punya trip! Have fun guys!

SKIP THIS AD ×