berita

Pelbagai Resepi Tart Yang Sesuai Untuk Hari Istimewa Korang!

March 23rd, 2018 | by Shafika
MyResipi

Pasti korang semua pernah mendengar kuih tart yang biasanya dijadikan sebagai sebahagian daripada juadah hari raya kan? Kini, tart telah mengalami fasa innovation sehingga memungkinkan penggemar tart merasai kepelbagaian rasa dan jenis tart mengikut citarasa masing-masing.

Hari ini admin nak kongsikan beberapa jenis tart yang biasanya digunakan bagi majlis istimewa seperti pertunangan, hari jadi dan tak ketinggalan juga di hari ulang tahun perkahwinan.

1. Tart nanas bunga

Tart nanas bunga dan tart gulung seakan sama tetapi berbeza dari segi bentuknya dan ia merupakan salah satu kuih klasik yang biasanya boleh ditemui semasa hari raya. Keenakan kuih ini terletak pada keseimbangan rasa tart yang berlemak dan juga kemanisan jem nanas dibahagian atasnya. Korang juga boleh cuba variasikan bentuknya mengikut citarasa sendiri!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/tart-nenas-bunga

2. Tart keju bluberi

Kek bagi majlis istimewa anda juga boleh digantikan dengan penggunaan tart bluberi dan ianya juga telah menjadi satu trend semasa selain menggantikannya dengan brownies. Pasti lebih unik! Selain bluberi, korang boleh juga tukarkan ia kepada buah-buahan lain yang lebih menarik.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/blueberry-cheese-tart-

3. Tart telur portugis

Tart ini pula pernah menjadi satu resepi viral atau trending satu ketika dulu dan sudah pasti disebabkan oleh rasanya yang sedap! Tak rugi kalau korang cuba resepi ini, mungkin boleh dijadikan sebagai doorgift untuk majlis istimewa nanti?

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/portuguese-egg-tart

4. Tart yogurt

Untuk parti bujang atau parti minum petang bersama rakan-rakan, korang boleh cuba resepi tart ini pula. Selain ringkas dan mudah disediakan, ia juga boleh menimbulkan kelainan memandangkan ia jarang disediakan dimana-mana dessert café.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/yogurt-tart

Sumber: MyResipi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×