berita

Pelepasan Cukai Individu RM1,000 Untuk Perbelanjaan Pelancongan Dalam Negeri – Tun M

February 28th, 2020 | by Wan
Kini Trending

Walaupun Malaysia sedang mengalami krisis politik ekoran perpecahan parti politik dalam Pakatan Harapan, Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir tetap mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi 2020 semalam.

Pakej bernilai RM20 bilion itu bertemakan ‘Memperkukuh Keyakinan, Merangsang Pertumbuhan, Melindungi Pekerjaan’. Antara pakej yang menjadi perhatian rakyat ialah elaun tunai untuk kakitangan bendung Covid-19, tambahan RM150 kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pelepasan cukai individu sehingga RM1000 untuk perbelanjaan pelancongan dalam negeri.

Antara langkah-langkah yang diumumkan

1) Bayaran one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi, pemandu bas pesiaran, pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar.

2) Elaun khas RM400 sebulan kepada doktor dan kakitangan perubatan yang terlibat secara langsung dalam menangani wabak Covid-19.

3) Bayaran RM200 untuk kakitangan imigresen dan kakitangan barisan hadapan yang terlibat dalam membendung Covid-19 dari Februari 2020 sehingga wabak berkenaan berakhir.

4) Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sepatutnya diberikan pada Mei 2020 akan diawalkan iaitu pada Mac 2020.

5) Tambahan RM100 kepada setiap penerima BHS akan dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei dan tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai.

6) Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan dalam negeri.

7) Baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen

8) Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada 7 peratus berkuat kuasa sehingga akhir tahun.

Langkah-langkah lain dari pakej rangsangan ekonomi:

1) Penangguhan ansuran bulanan cukai pendapatan bagi perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan.

2) Diskaun sementara selama enam (6) bulan sebanyak 15 peratus daripada bil elektrik secara bulanan bagi hotel, agensi pelancongan, syarikat penerbangan, pusat membeli belah, pusat konvensyen dan pameran.

3) Pengecualian levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia bagi hotel dan syarikat pelancongan.

4) Pengecualian cukai perkhidmatan bagi hotel dari Mac hingga Ogos 2020.

5) Kemudahan bantuan khas RM2 bilion bagi perusahaan kecil dan sederhana pada kadar 3.75 peratus oleh Bank Negara.

6) Pengurangan kadar sewa premis kepada penyewa di lapangan terbang, dan juga akan mengurangkan caj pendaratan dan parkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

7) RM100 juta geran-padanan kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) untuk membiayai tambahan 40 ribu pekerja daripada sektor pelancongan dan sektor lain yang terkesan.

8) RM50 juta subsidi pembiayaan kursus jangka pendek dalam bidang digital dan berkemahiran tinggi kepada 100,000 rakyat Malaysia.

9) Skim Insurans Pekerjaan akan menaikkan kos latihan yang boleh dituntut dari RM4,000 kepada RM6,000 bagi sektor yang terjejas serta elaun latihan harian RM30 bagi pelatih.

10) Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik.

11) Bank Negara menyediakan kemudahan makanan agro bernilai RM1 bilion pada kadar 3.75 peratus untuk mempromosikan pengeluaran makanan untuk permintaan domestik dan eksport.

12) RM10 juta untuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk menyediakan kemudahan simpanan makanan untuk membantu mengurangkan harga makanan.

13) Pemberian RM1,000 kepada 10,000 usahawan tempatan untuk mempromosikan penjualan produk mereka di platform e-dagang.

14) RM20 juta kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mengubah Pusat Internet Desa menjadi hab e-dagang.

15) Relaksasi prosedur kewangan pada tahun 2020 untuk mempercepat pelaksanaan projek.

16) Menggalakkan pelaburan berkualiti dalam projek berkaitan solar, serat dan Tenaga Nasional Berhad.

17) Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia akan mengecualikan bagi tempoh 12 bulan, yuran penyenaraian di papan Leading Entrepreneur Accelerator Platform (LEAP) dan di papan Access, Certainty, Efficiency (ACE), serta syarikat yang bermodal pasaran kurang RM500 juta yang ingin tersenarai dalam papan utama

18) BNM akan menyediakan Kemudahan Automasi dan Pendigitalan PKS bernilai RM300 juta.

19) Kerajaan akan membenarkan Elaun Modal Dipercepatkan selama tempoh dua tahun untuk perbelanjaan ke atas mesin dan kelengkapan, termasuk ICT.

20) Kerajaan akan menyediakan potongan cukai ke atas kos pengubahsuaian premis perniagaan sehingga RM300,000

21) Mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas pengimportan dan pembelian peralatan untuk operasi pelabuhan untuk tempoh 3 tahun bermula 1 April 2020.

SKIP THIS AD ×