berita

Peluang Keemasan Di Bawah Program 1MPAK Sure Buat Korang Tersenyum!

March 20th, 2018 | by Azyan
Shout Out!

Korang pernah dengar pasal 1MPAK tak? Kalau tak, meh sini admin jelaskan. Untuk pengetahuan korang, 1MPAK ni adalah singkatan daripada Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti. Program ni dijalankan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui MARA untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk di luar bandar dengan membawa semua peluang-peluang pendidikan, pekerjaan, pembiayaan, keusahawanan dan lain-lain program secara terus ke akar umbi.

Banyak tau peluang yang disediakan oleh 1MPAK. Jadi apa kata korang baca artikel ni sampai habis untuk tahu dengan lebih lanjut apa yang 1MPAK boleh bagi kat korang okay..

Kalau korang nak tahu, tunjang 1MPAK terdiri daripada 4 iaitu pendidikan, peluang pekerjaan, peluang keusahawanan dan program pengukuhan tanggungjawab sosial korporat. Yang lagi best, 1MPAK ni dijalankan terus secara turun padang terhadap golongan yang disasarkan.

Haa..nampak tak betapa komitednya pihak kerajaan nak memudahkan akses rakyat khasnya kepada para belia di luar bandar kepada program-program di bawah MARA ini? Kalau korang sendiri tak ambil peluang nak majukan diri dan rebut peluang yang ada ni, rugilah. Takkan korang nak terus berada di takuk lama ye tak?

Objektif 1MPAK

Untuk makluman korang, objektif 1MPAK ni tak lain tak bukan adalah untuk bantu penduduk luar bandar melalui peluang pendidikan dan latihan untuk mengisi permintaan industri pekerjaan bernilai tinggi terutama bagi golongan belia.

Bukan tu je, Kerajaan juga nak bangunkan usahawan dan buka peluang pelaburan untuk tingkatkan ekonomi tempatan. Peluang dan tawaran dah ada, tinggal korang buat keputusan untuk mencuba atau tidak sahaja. So, tunggu apa lagi?

Selain itu, di program 1MPAK juga pihak MARA ada membawa inisiatif sosial dalam menyumbang semula kepada masyarakat. Nak tahu inisiatif apa? Korang kena baca sampai habis ok?

Siapa yang boleh join?

Program 1MPAK bukak peluang special untuk korang yang tersenarai kat bawah ni :

  • Student yang cari peluang pembiayaan untuk pengajian.
  • Lepasan sekolah di luar bandar yang tengah cari peluang latihan & pekerjaan.
  • Usahawan & individu yang mencari peluang perniagaan atau maklumat pembiayaan keusahawanan.
  • Pemain industri yang mencari pekerja berkemahiran tinggi.

Wow, banyaknya program yang ditawarkan nanti!

Dalam siri jelajah 1MPAK, ada banyak aktiviti menarik yang menanti korang. Antaranya, program Keusahawanan. Korang boleh dapat khidmat nasihat untuk pembiayaan perniagaan, pembiayaan perniagaan dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan business.

Ada jugak program Pendidikan & Peluang Pekerjaan. Untuk slot ini, korang boleh isi permohonan Perantis Malaysia dan permohonan untuk masuk ke institusi MARA. Sesuai sangatlah untuk korang yang nak sambung belajar atau cari peluang pekerjaan.

Selain tu, seperti yang dikatakan tadi, program Tanggungjawab dan Sosial Korporat pun ada. Kat sini pelajar GIATMARA akan bagi servis PERCUMA membaiki motosikal kepada orang awam. Bukan tu je, peserta HIT Barber pulak offer untuk potong rambut orang awam. Pun FREE!! OMG!!

Macam best je kan. Kalau korang berminat dan nak tahu dengan lebih lanjut tentang 1MPAK, klik sini. 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×