berita

Peluang Menangi Ekstra Duit Raya, Raikan Rezeki Aidilfitri Penuh Bermakna Bersama LBS

May 2nd, 2023 | by Nurul
Replicated draft

Kredit:Pexels

Pejam celik pejam celik, Aidilfitri dah pun menjelma, terasa cepat benar masa berlalu. Sudah pastinya setiap isi rumah telah mula sibuk membeli bahan membuat kuih dan biskut raya selain mengemas dan menghias rumah masing-masing.

Oleh itu, sempena Aidilfitri ini, pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) terus menawarkan peluang pemilikan rumah menarik melalui kempen terbaharu mereka, ‘Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali’.

Melalui kempen ini, selain dapat duit raya ekstra pada setiap pembelian rumah LBS, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM1.5 juta tau!

Tidak cukup dengan itu, LBS turut memberikan ‘Extraaaa Deals’ seperti ‘extra’ duit raya, hadiah istimewa dan pelbagai tawaran yang menarik dengan setiap pembelian rumah idaman LBS.

Antara hadiah istimewa tersebut termasuk Perodua Axia, Motosikal, Cinema Home Soundbar, Basikal Gunung, Televisyen 40”, perkakas elektrik dan banyak lagi.

Pembeli rumah LBS juga bakal menikmati Insentif Tambahan, Yuran Guaman Percuma, Ganjaran Kesetiaan, Skim Bayaran Flexi, Tiada Caj Pembatalan dan Pakej Kelengkapan Perabot (Tertakluk kepada terma dan syarat).

Sertai peraduan ‘Raya Ekstra TikTok Challenge’ untuk peluang memenangi ekstra duit raya daripada LBS!

Untuk menyertai peraduan dan layak memenangi hadiah ini, peserta mesti: –

1. Mempunyai akaun TikTok sedia ada sebelum peraduan bermula dan jadikan tetapan privasi akaun korang sebagai umum;

2. Ikuti akaun media sosial @lbsbinagroup dan @ogawamalaysia di TikTok dan kekal ikuti sepanjang tempoh peraduan;

3. Rakam video yang menunjukkan korang menari mengikut gerak tarian dan audio tertentu melalui langkah di bawah: –

  • Klik butang ‘Record’
  • Klik butang ‘Add Effect’ dan pilih ‘Raya Ekstra TikTok Challenge’
  • Setelah kira detik pada filter muncul, ikuti gerakan tarian daripada video demo
  • Gunakan lagu audio yang dipilih untuk peraduan

4. Video paling kreatif dengan jawapan kepada soalan ‘Mengapa anda mahu memenangi cabaran tarian ini dengan LBS?’ berserta lengkap akan dipilih sebagai pemenang utama.

5. Jangan lupa tag @lbsbinagroup dan @ogawamalaysia dan sertakan hashtag #RayaEkstraTikTokChallenge #lbsbinacontest dalam kapsyen video korang.

Disclaimer: Untuk mengelakkan keraguan, para peserta tidak boleh memasukkan sebarang unsur artifak agama, sindiran, penghinaan kaum atau tema yang menggalakkan unsur-unsur provokasi keganasan dan perkauman. 

Jangan lupa sertai kempen ‘Raya Ekstra TikTok Challenge’ bermula dari 1 April 2023 hingga 31 Mei 2023 ini.

Selain itu, terdapat pelbagai ganjaran hebat untuk korang! Nak tahu lebih lanjut, jom klik link http://raikanrezeki.lbs.com.my. Jangan lupa kongsikan berita baik ini dengan rakan dan keluarga korang.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan tawaran menarik lain, layari http://raikanrezeki.lbs.com.my atau klik di sini!

SKIP THIS AD ×