berita

Peluk Islam Kerana Tahajjud, Kisah Mualaf Ini Buat Kami Sebak. Allahuakbar!

August 11th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Benarlah, hidayah itu milik Allah SWT. Hidayah dan petunjuk diberikan kepada manusia melalui pelbagai cara yang telah ditentukan-Nya.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga mualaf menceritakan pengalamannya saat dikurniakan hidayah untuk memeluk Islam.

‘Solat Tahajjud sebab saya memeluk agama Islam’

Menerusi video yang dimuat naik oleh Bishar di TikTok, dia memberitahu salah satu sebab dia memeluk Islam adalah kerana solat tahajjud. Tambah lelaki ini lagi, dia yang merupakan penghidap neutropenia kerap melihat video daripada seorang wanita iaitu Ameena.

Difahamkan, sejak daripada itu, dia cuba mempelajari Islam dengan membeli buku-buku berkaitan Islam dan sebagainya. Sehinggalah pada suatu hari, lelaki ini terdetik mahu menunaikan solat sunat tahajjud.

Solat Tahajjud adalah salah satu sebab saya memeluk agama Islam. Saya berdoa beberapa benda terutamanya untuk kesihatan. Selain itu, saya berdoa untuk kerjaya. Saya solat sunat untuk dua rakaat (tahajud), berdoa dan Allah SWT mendengar doa saya.

Selepas itu saya terus melafazkan dua kalimah syahadah. Disebabkan doa dalam solat tahajud terjawab, saya datang kepada Allah SWt.

Dalam pada itu, Bishar berharap agar semua penganut agama Islam supaya menunaikan solat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan hati yang ikhlas.

Bangun untuk menunaikan solat tahajud, 15 hingga 20 minit sebelum fajar. Allah SWT pasti akan menjawab segala doa kalian.  Solat tahajud ibarat panah yang tak akan pernah terlepas daripada sasarannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun mendengar pengalaman indah yang dilalui Bishar selain menjadikan kisah ini sebagai inspirasi buat mereka. Malah mereka juga berharap agar segala doa dan hajat mereka bakal termakbul kelak.

Sumber: TikTok Bishar

SKIP THIS AD ×