berita

Pemain Bola Sepak Ditahan, Disyaki Rogol Jurujual Tudung Berusia 18 Tahun

June 1st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang pemain bola sepak liga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun pada Ahad lalu di sebuah rumah di Kota Bharu, Kelantan.

Pemain bola sepak ditahan polis

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, insiden tersebut dipercayai berlaku semasa mangsa keluar dari bilik di rumahnya di Pantai Cahaya Bulan untuk membuang sampah namun siapa sangka, suspek tiba-tiba muncul dan menolak mangsa dari belakang sebelum mengheretnya ke katil dalam bilik tidur. Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, mangsa cuba melawan namun gagal.

Dia (mangsa) cuba melawan dan menjerit namun ketika kejadian tiada ahli keluarga dan dia yang tidak berdaya akhirnya dirogol suspek.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu kesan koyakan baharu pada kemaluan gadis itu. Hasil siasatan dan temubual mendapati mangsa mengenali pemain bola sepak itu yang juga pelanggan tetap kedai makan milik emaknya.

Pernah hantar gambar, mesej lucah

Sekadar gambar hiasan

Bukan itu sahaja, mangsa juga mendakwa pernah menerima gambar dan mesej berbaur lucah melalui WhatsApp daripada suspek tahun lalu ketika masih bersekolah. Menurut sumber, suspek berusia 28 tahun serta mempunyai isteri dan dua anak manakala mangsa merupakan seorang jurujual kain dan tudung.

Suspek ditangkap pada hari sama (29 Mei) di Kampung Kijang, Jalan PCB. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

Polis turut merampas baju dan seluar yang dipakai suspek semasa kejadian tersebut untuk membantu siasatan. Suspek direman selama empat hari bermula Isnin (30 Mei) sehingga 2 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).

Sumber: Harian Metro, Astro Awani

SKIP THIS AD ×