berita

Pemain JDT Tweet ‘Teringin’ Nak Main Bola, Ini Teguran TMJ – ‘Siapa Kerja Keras, Dia Dapat Main’

August 22nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, salah seorang pemain bola sepak kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memuat naik status di laman Twitter sehingga mencuri perhatian ramai netizen. Tweet tersebut juga kelihatan saling dibalas oleh rakan-rakan dan pemain bola sepak tempatan apabila sekian lama kelihatan pemain tersebut tidak diturunkan untuk beraksi.

Status tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian pemilik pasukan JDT iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Status di laman Twitter

Difahamkan, pemain pasukan kelab JDT itu telah memuat naik status dengan meluahkan perasaannya apabila melihat rakan-rakan sepasukan beraksi di atas padang dalam perlawanan Liga Super menentang PJ City. Namun tidak lama kemudian, tweet tersebut telah dipadamkan selepas ditularkan pengguna media sosial.

‘Tak suka? Pintu terbuka’

Susulan itu, kelihatan Tunku Mahkota Johor memuat naik status di laman IG Stories dan difahamkan status baginda itu ditujukan kepada salah seorang pemain bola sepak di bawah naungannya. Difahamkan, baginda telah memberi peluang kepada semua pemain untuk menunjukkan prestasi tetapi hanya pemain yang terbaik akan diturunkan untuk beraksi dalam perlawanan.

Selain itu, baginda menegaskan agar pemain tersebut untuk berkomunikasi sekiranya tidak berpuas hati atau sebaliknya. Bukan hanya memuat naik status di laman sosial semata-mata.

Dalam JDT siapa kerja keras in training dan perform dia main. Siapa nak challenge dalam carrier dan title come to JDT. Siapa nak minute, join club lain. Tak ada orang paksa. Semua pilihan atas tangan pemain. Last year dan tahun sebelum itu kerap dapat main. Tetapi selepas insiden peristiwa pahit, you’re not the same.

Sumber: Makanbola.com, HRH Crown Prince of Johor

SKIP THIS AD ×