berita

Pemanah Negara, Haziq Kamaruddin Meninggal Bukan Sebab Vaksin

May 15th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Proses bedah siasat yang telah dijalankan ke atas atlet pemanah negara, Haziq Kamaruddin telah keluar dan punca kematiannya adalah berpunca daripada komplikasi pada salur darah jantung tersumbat akibat perubahan arterosklerosis.

Bukan meninggal sebab vaksin

Sekadar gambar hiasan 

Menurut Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Zahari Noor, tiada sebarang bukti yang mengatakan atlet berkenaan meninggal akibat daripada vaksinasi COVID-19.

Walau bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisa daripada makmal.

Kematian Haziq diklafikasikan sebagai kes mati mengejut oleh Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang serta arahan bedah siasat telahpun keluar untuk menentukan punca kematian.

Selepas calitan ujian COVID-19 diambil, keputusan menunjukkan negatif bagi virus tersebut dan proses bedah siasat dijalankan selepas itu.

Meninggal dunia secara mengejut

Sehingga kini, masih tiada bukti yang menunjukkan kematiannya berkait langsung dengan vaksinasi COVID-19.

Dikatakan Haziq telah meninggal dunia secara mengejut pada jam 9.37 pagi semalam dan telah dibawa ke Hospital Kajang.

Sebelum ini, Allahyarham telah mengambil suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan telah menerima suntikan yang pertama pada 13 April lalu dan kemudian 4 Mei bagi suntikan kedua.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

SKIP THIS AD ×